Tuesday, 28 January 2014

Anwar Jangan Konfiden Sangat!!

SHAH ALAM - Penganalisis politik dari Universiti KebMohd Fuad Mat Jaliangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali hari ini mengingatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak terlalu yakin untuk memenangi kerusi Dun Kajang lantaran kerusi tersebut pernah dimenangi oleh Adun daripada PKR pada PRU13 lalu.

Menurutnya, walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim dikenali ramai, namun belum tentu Anwar mengenali rapat masyarakat di Dun Kajang, sehingga boleh 'menjinakkan' mereka (masyarakat Kajang) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dun tersebut.

Tambahnya, ini berbeza dengan calon sebelum ini iaitu Lee Chin Cheh yang memang anak tempatan di kawasan tersebut.

"...bagi saya untuk seseorang itu menang 'bergaya'  dalam  PRK, seseorang itu mestilah warga tempatan, kerana dia selalu berdamping dengan masyarakat di kawasan tersebut, dia sudah faham mengenai 'kerenah' masyarakat di kawasan tersebut.

"...jadi mudahlah dia memenangi hati pengundi di kawasan tersebut.

"...oleh itu bagi saya,walaupun beliau (Anwar) sudah dikenali umum, namun beliau belum tentu kenal rapat dengan masyarakat di Dun tersebut (Kajang), jadi saya nasihatkan Datuk Seri Anwar supaya tidak 'over confident," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Semalam, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh
mengumumkan peletakan jawatan Chin Cheh.

Berikutan kekosongan kerusi itu, mesyuarat pimpinan PR memutuskan untuk meletakkan Ketua Umum PKR itu sebagai calon yang akan mewakili gabungan parti itu.(Sinar Harian)

0 comments:

Post a Comment