Wednesday, 17 April 2013

PRU-13: DUN Guchil, Kuala Krai Hangat...

Pertembungan tiga penjuru bakal berlaku di DUN Guchil, Kuala Krai dalam PRU-13, 5 Mei nanti di mana Calon PKR sekarang akan berhadapan dengan Komponen BN, PPP yang diwakili oleh Presiden PPP, Datuk Nik Sapian dan Calon Bebas, Md Nasir Ahmad a.k.a Pok Long Batu Balai, 65 tahun yang akan menawarkan diri bertanding dengan lambang Kapal Terbang Boing 737 Dreamliner. Penyelaras DUN Guchil, Tuan Aziz Tuan Mat merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krai yang juga bekas calon PRK Manek Urai ditawarkan diri bertanding di Kerusi Parlimen Kuala Krai. Sebelum ini beliau disebut-sebut untuk merampas kerusi DUN Guchil daripada PKR, Tuan Zamri Ariff b. Tuan Zakaria. Pok Long begitu kecewa dengan penyandang sekarang (PKR) dan mahu bertanding untuk mendapatkan 'kuasa' bagi memperbetulkan keadaan masyarakat yang berpecah belah...Dengar cerita, ada seorang lagi bakal calon bebas di Dun ini...sama2 kita tunggu...


vs





vs

 -Duri SemaluKu-

Tuesday, 16 April 2013

Kerajaan PAS Kelantan Terdesak..Rakyat Kuala Krai Bertuah..

Kuala Krai - Kemunculan surat tawaran pemilikan Lot Tanah di Kuala Krai pada hari ini menunjukkan rakyat Kuala Krai khususnya ditipu sekali lagi..Manakan tidak, tawaran ini muncul di saat-saat pilihanraya semakin dekat. Ini menunjukkan Kerajaan PAS Kelantan TERDESAK...Ingat, Kerajaan Negeri sekarang adalah sebagai caretaker sahaja..sbb DUN telah dibubarkan...Rakyat Kuala Krai jangan TERTIPU lagi...hanya Tipah Tertipu...alahai...cukup2lah ditipu...23 tahun bohh...


-Duri SemaluKu-

Senarai Lengkap Calon Barisan Nasional Kelantan











Monday, 15 April 2013

Lagi Surat PAS Mintak Duit Rakyat Tersebar



Dr Haron Din : Kes Mustafa Ali Perlu Dihadap Ke Lembaga Dispilin


AIDCNews – 15/04/13 – Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din mencadangkan agar kes yang membabitkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali perlu dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti tersebut.

Kenyataan Dr Haron yang disiarkan dalam Malaysikini berkata Pas mempunyai mekanisme dalaman sendiri untuk menangani perkara itu, dan jawatankuasa tatatertib yang diketuai oleh Datuk Wan Mutalib Embong perlu menanganinya secara bijaksana.

“Pas mempunyai mekanisme sendiri untuk mengatasi segala masalah, kita mempunyai pelbagai lajnah dan setiap lajnah mempunyai manual kerjanya sendiri. Contohnya Lajnah Tatatertib, di situ kalau wajar diambil tindakan, teruskan.

“Saya tiada kena-mengena dengan lajnah itu tetapi mereka lebih peka dan tahu kerja mereka, kalau perlu tindakan, mereka perlu buat, jika tidak berbaloi dilakukan, tidak ada faedah, maka mereka perlu ambil langkah tunggu dan lihat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu rakaman video seks seorang lelaki yang didakwa mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali seperti yang tersebar luas ketika ini.

RAMAI YANG SETUJU LAMBANG BARU PAS???

Salam Mesra,
Guruh Badai

BN ketengah 33 peratus muka baru kerusi Parlimen, 49 peratus DUN: Najib



KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mengetengahkan 33 peratus calon muka baru bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU), manakala 49 peratus muka baru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, berkata ia bagi memenuhi kehendak pengundi dengan memberi gambaran bahawa UMNO dan BN sedia melakukan perubahan. Najib berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan surat watikah kepada pemimpin komponen BN dan Pengerusi BN negeri di ibu pejabat BN, Bangunan Dato Onn di sini, sebentar tadi.