Monday 15 April 2013

BN ketengah 33 peratus muka baru kerusi Parlimen, 49 peratus DUN: Najib



KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mengetengahkan 33 peratus calon muka baru bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU), manakala 49 peratus muka baru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, berkata ia bagi memenuhi kehendak pengundi dengan memberi gambaran bahawa UMNO dan BN sedia melakukan perubahan. Najib berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan surat watikah kepada pemimpin komponen BN dan Pengerusi BN negeri di ibu pejabat BN, Bangunan Dato Onn di sini, sebentar tadi.

0 comments:

Post a Comment