Tuesday 30 April 2013

PENJAWAT AWAM DIMINTA BUAT INTERPRETASI SENDIRI TENTANG LABEL KERA : KSN






JOHOR BAHRU, 27 April (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa meminta penjawat awam membuat interpretasi sendiri mengenai perbuatan calon pembangkang melabelkan mereka sebagai kera.

"Penjawat awam pun ada perasaan. Saya minta penjawat awam sendiri buat interpretasi (mengenai perkara itu)," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis ramah mesra bersama penduduk Rumah Iskandar Malaysia di Gelang Patah hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan calon PKR bagi kerusi Parlimen Johor Bahru Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein yang melabelkan penjawat awam sebagai kera.


Rakaman video Md Hashim yang dipercayai berbuat demikian semasa kempen pilihan raya beliau di sini dimuat naik ke Youtube empat hari lepas dengan tajuk 'Semua Penjawat Awam Memang KERA' oleh pemilik akaun bernama mykmujohor.

Lebih 10,500 pengguna Youtube telah menonton rakaman video itu dan ramai daripada mereka mengutuk perbuatan tersebut.

Dalam video sepanjang 39 saat itu Md Hashim berkata kakitangan kerajaan (penjawat awam) merupakan singkatan kepada 'kera dalam jagaan' dan mereka seperti beliau sendiri apabila dilepaskan mula mengamuk dan merusuh.

-- BERNAMA 




"Kera GILA = Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein"




0 comments:

Post a Comment