Wednesday, 24 April 2013

Video Khas - "Kapankan Husam Di Salor Kebumikan Husam Di Putrajaya"

Permintaan khas rakyat di Salor Kelantan supaya wakil rakyat mereka sebelum ini yaitu Datuk Husam Musa agar dikapankan di Salor dan dikebumikan di Putrajaya bakal menjadi kenyataan.
Gk bersama team KCW blog Tukar-Kelate dan Haikal,  yang diketuai oleh Sdr EA telah berjaya merakamkan kenyataan beberapa penduduk di Salor mengenai keperibadian seorang pemimpin yang juga wakil rakyat disitu.
Kejadian yang telah lama berlaku ini semoga menjadi iktibar kepada semua lebih-lebih lagi buat mereka yang ingin menjadi pemimpin dan berdegar-berdegar mengaku untuk membantu rakyat.
Menurut salah seorang penduduk, Sulaiman Ahmad,  ketika kejadian, pemimpin berkenaan dalam perjalanan pulang kerumahnya dan melalui kawasan kemalangan itu tanpa menghiraukan mangsa yang juga ayah kepada pemimpin berkenaan.
Tanpa dapat dipastikan samada pemimpin berkenaan mengetahui ataupun tidak mangsa kemalangan itu sebenarnya ayah kepada beliau, namun penduduk tempatan mempersoalkan keperibadian beliau yang tidak menghiraukan mangsa kemalangan itu.
Seorang lagi saksi kejadian, Azizah Awang Mat mempertikaikan tindakan pemimpin itu yang tidak mempedulikan mangsa kemalangan.
"Soal dia tahu atau tidak mangsa kemalangan itu ayah dia, itu soal lain,  kalaulah mangsa tu bukan ayah dia sekalipun, dia sepatutnya memberhentikan kenderaannya dan turun membantu mangsa, kalau dia tu benar seorang pemimpin yang baik".
Peristiwa kemalangan maut yang melibatkan ayah kepada pemimpin tempatan ini hanyalah antara pembuka bicara kepada hasrat rakyat Salor 'Kapankan Husam Di Salor Kebumikan Husam Di Putrajaya'.
Banyak lagi isu-isu lain yang melibatkan pemimpin ini akan diterbitkan nanti untuk santapan seluruh rakyat khasnya pengundi di Putrajaya, antaranya ialah pembelian 30 ekar tanah, sikapnya dari kecil lagi gilakan populariti, bagaimana pemimpin ini meraih undi dengan 'pitis' dan syurga, sikap pemimpin ini terhadap rakyat dan rakan baiknya sebelum menang dan selepas menang pilihanraya, hubungannya dengan masyarakat setempat, budaya fitnah dimasjid, serta rakaman video pengakuan bekas orang kanan pemimpin ini dan beberapa orang muslimah yang terlibat dalam permainan kotor pemimpin berkenaaan.
Biarpun Husam terkenal dengan amalan menyaman mana-mana individu yang membuat tuduhan kepada beliau, namun itu langsung tidak menggetarkan kita untuk membuat pendedahan-pendedahan ini demi kebenaran agar rakyat tidak tersalah memilih pemimpin, setakat ini juga lebih 70 orang penduduk Salor yang kita temui sedia untuk tampil berdepan dengan tindakan saman sekiranya apa yang diceritakan oleh mereka itu tidak benar. Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung


BACA LAGI DISINI  http://gelombangkick.blogspot.com/2013/04/video-kapankan-husam-di-salor-kebumikan.html?spref=fb

0 comments:

Post a Comment