Tuesday 3 July 2012

Gempar! Pas Kelantan Bagi 10000 Tiket Bus Percuma

KOTA BHARU - Kerajaan pusat memperuntuk tiket bagi perkhidmatan bas henti-henti Cityliner secara percuma mulai bulan ini bernilai RM1.6 juta kepada golongan rakyat istimewa di Kelantan, tahun ini.     Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata 10,000 tiket prabayar percuma diperuntukkan setiap bulan kepada golongan istimewa terbabit termasuk orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal, orang  miskin dan anak yatim.     "Pemberian tiket bas secara percuma, yang pertama di negara ini, adalah atas keprihatinan kerajaan pusat bagi meringankan beban hidup golongan tersebut di Kelantan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran bas mesra alam pertama Cityliner di Kelantan di sini, hari ini.     Cityliner, pengendali bas henti-henti milik Konsortium Transnasional Berhad (KTB) kini mempunyai 150 buah bas yang beroperasi di seluruh Kelantan dengan jumlah penumpang kira-kira 20,000 orang sehari.     Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menentukan senarai mereka yang layak untuk menerima tiket bas percuma berkenaan.   Beliau berkata kerajaan pusat juga memberi dana RM16 juta kepada syarikat bas tersebut bagi menampung kerugian operasi hampir RM10 juta setahun sejak tiga tahun kebelakangan ini.     Pada 19 Disember lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mengumumkan dana RM400 juta bagi menyelamatkan perkhidmatan bas henti-henti di seluruh negara yang terjejas berikutan masalah kewangan untuk menjaga kepentingan rakyat yang bergantung kepada perkhidmatan awam itu.     Sementara itu, Pengerusi/Pengarah Urusan KTB Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh berkata bagi tempoh permulaan di negeri ini, terdapat 20 bas yang akan beroperasi menggunakan gas asli termampat (CNG) dan bilangan itu akan bertambah seiring dengan kesesuaian dan kemudahan pembekalan gas CNG daripada Petronas.     Beliau berkata setakat ini hanya terdapat sebuah stesen gas CNG yang berkapasiti tinggi yang sesuai untuk kegunaan bas di Pengkalan Chepa di sini dan berharap Petronas akan menambah stesen tersebut. - Bernama

0 comments:

Post a Comment