Updated:
Publication: Berita Harian
Date of publication: May 4, 2006
Section heading: Ekonomi
Page number: 08
KOTA BHARU: Kerajaan Pas Kelantan membuat keputusan melantik perunding bagi menyelidik sumber minyak di kawasan daratan negeri ini terutama sekitar jajahan Tumpat dan Bachok.
Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancang Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat negeri, Datuk Husam Musa, berkata mengikut laporan awal daratan dua jajahan mempunyai sumber minyak.
“Kita berharap dengan kajian ini, jika ada penemuan ia boleh membantu menambah simpanan minyak negara sekali gus boleh menjana ekonomi pada masa depan.
“Kerajaan negeri bersetuju mengenal pasti perunding dan melantik mereka menjalankan penyelidikan,” katanya selepas mesyuarat mingguan Exco di sini, semalam.
Ketika ditanya kemungkinan harga tanah di kawasan terbabit akan meningkat jika dikenal pasti mempunyai sumber minyak, Husam berkata soal itu tidak timbul.
“Kita boleh membina paip menghala ke kawasan pantai untuk menyalurkan sumber minyak itu tanpa mengambil tanah. Mungkin juga sumber minyak berada di tanah kerajaan negeri. Jadi, sebab itu kita setuju melantik perunding menjalankan penyelidikan,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan, Mohd Basran Mat Taib, berkata pihaknya tidak pernah menjalankan sebarang kajian bagi mengenal pasti kawasan sumber minyak dan gas di negeri ini. (Ehsan Dato’ Muhammad Zaidi Sidek)
Kalau ikut sumber di atas, dari tahun 2006 lagi Husam tubuh konsultan. Kenapa 2013 masih nak tubuh konsultan lagi?
Posting Asal
Setelah terowong saktinya tidak memberi bakti, Exco Kelantan sekali lagi buat sensasi, kali ini dakwaan bahawa terdapat minyak di bawah bandar Kota Bharu dan Tumpat. Sebenarnya ini gossip lama yang di beri nafas baru menjelang pilihanraya umum.
Tetapi setelah gagal dengan minyak depu dan minyak jaraknya, Husam bergantung nasib pula kepada gossip baru yang memang dia sendiri akui bersandarkan kepada khabar angin.
“Antara kawasan yang dijangkakan mempunyai rizab itu Kota Bharu dan Tumpat,”ujarnya.
Husam menambah, cadangan untuk melantik syarikat luar berkenaan telah dipersetujui dalam mesyuarat exco semalam di Kota Darul Naim.
Pada sidang medianya itu, Husam berkata, proses pelantikan syarikat tersebut yang bertanggungjawab untuk mengesan penemuan minyak itu akan dilakukan seberapa segera yang mungkin. (Di sini)
Adakah Husam ni sebenarnya lebih ‘haprak’ dari kaki-kaki gossip selebriti.
Ada minyak? Koya Best
Sebenarnya Husam mahu mengalihkan isu yang menjerat dirinya. Akibatnya yang tercalit arang ialah pimpinan PAS Kelantan lain yang tidak pernah bersubahat dengan Husam.
Pada pendapat kita semua apakah isu yang hendak dialihkan oleh Husam?
Pertama ialah dakwaan penderhakaan kepada Sultan Muhammad V bila menfailkan permohonan injunksi terhadap PETRONAS sedangkan Tuanku sendiri telah perkenan isu tuntutan royalti Kelantan diselesaikan oleh Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri. Kenapa Husam tergesa-gesa buat kenyataan terbaharu tentang gossip ada minyak di bawah Kota Bharu ini dan seterusnya membunuh isu permohonan injunksinya sendiri yang tidak sempat hidup lebih satu hari? Nak tutup kesilapan sendirilah tu. Tak ada sebab lain.
Kedua, Husam tertekan bila Perdana Menteri umum untuk membina Lebuhraya KB-Kuala Krai, Stadium Baru, Masjid bernilai RM50 juta dan empat lagi projek besar di Kelantan. Bagaimana tidak tertekan kerana projek itu semua sudah Husam umum hendak buat sendiri dan sudah Husam minta Nik Aziz rasmi tetapi satu pun tidak ada yang jadi. Khabarnya jentera dan peralatan untuk membina lebuhraya masam Husam di Felcra Berangan Mek Nab pun sudah meninggalkan tempat itu. Yang akan tinggal hanya billboard projek itu yang bakal jadi batu nesan seperti billboard projek depu dan jamnapari Husam. Soal stadium pun kita semua tahu, itu lagi satu cerita air liur yang sudah basi. Cuma tunggu diganti dengan air liur baru bila Husam tidur dan bermimpi di malam hari. Bagaimana pula dengan janji pembinaan keretapi laju oleh Husam? Husam sendiri seolah malu untuk mengulanginya lagi.
Ketiga, ialah untuk melagakan rakyat Kelantan dengan PETRONAS dan dengan pimpinan Kerajaan Pusat setelah isu tuntutan royaltinya sekarang tidak lagi laku dijaja oleh kuncu-kuncunya. Bagaimana Husam mahu guna isu terbaharu ini untuk melaga-lagakan rakyat Kelantan dengan dua pihak yang disebut di atas. Senang sahaja. Husam tahu bahawa mengikut Akta 144, hanya PETRONAS yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk menjalankan aktiviti carigali petroleum dan aktiviti-aktiviti berkaitan di Malaysia. Oleh yang demikian, mana-mana pihak yang mahu berbuat demikian perlu permohonan dan masuk dalam perjanjian dengan PETRONAS.
Maka bila ada pemimpin pusat atau PETRONAS yang menjelaskan perkara sebenar ini untuk menjernihkan suasana, maka pihak sebelah sana akan membakar perasaan rakyat Kelantan dengan menjadikan ini bukti penindasan ke atas Kelantan.
Penemuan minyak di daratan di Malaysia tidak pelik. Dua minggu lepas PETRONAS umumkan bahawa mereka telah menemui minyak di daratan lebih 20km dari Miri, Sarawak. Itu adalah medan ke 3 penemuan minyak di daratan di Malaysia. Yang pelik ialah penemuan itu diumumkan oleh PETRONAS bukan Kerajaan Sarawak. Kenapa? Jawabnya ialah PETRONAS adalah pihak berautoriti di Malaysia. Dan bila PETRONAS membuat pengumuman ia bukan bersandarkan suasana politik semasa atau mimpi hangat di tengah malam. Tetapi hanya setelah penggerudian ‘kucing liar’ membuktikannya.
Berikut adalah prosedurnya sebelum sesebuah pihak yang mempunyai rasa tanggungjawab mengumumkan penemuannya.
Perolehan Hak
Sebelum suatu program eksplorasi dimulakan, kebenaran haruslah diperolehi untuk menjalankan aktiviti tersebut iaitu PETRONAS.
Kajian Geologi dan Geofizik
Langkah pertama dalam program eksplorasi ialah mengumpul sebanyak mungkin maklumat tentang sesebuah kawasan eksplorasi itu. Kajian-kajian geofizik kini memberikan gambaran tiga dimensi sebuah kawasan eksplorasi. Kaedah geofizik yang biasa digunakan ialah kajian magnetik, graviti dan seismik. Kajian magnetik dan graviti dianggap sebagai kaedah tinjauan untuk memberikan gambaran kasar sesebuah kawasan. Kajian seismik pula digunakan untuk tinjauan yang lebih terperinci. Kemudian, data yang diterima daripada kajian-kajian geofizik dan geologi dimasukkan ke dalam komputer untuk dianalisa. Hasilnya akan dikaji oleh ahli-ahli geologi dan geofizik untuk memastikan hasilnya benar-benar memuaskan untuk mewajarkan penggerudian telaga ujian dijalankan. Lokasi yang tepat bagi penggerudian telaga ini haruslah diberi perhatian yang serius.
Kajian Seismik
Kajian seismik dijalankan berdasarkan prinsip gempa bumi. Kejutan gelombang yang dihasilkan bergerak ke bawah dan masa bagi gelombang ini untuk memantul ke permukaan dari lapisan-lapisan keras pada batuan diukur. Gema ini diterima oleh ‘geofon’ dan dirakam di atas alat yang dikenali sebagai seismograf. Melalui catatan-catatan ini, struktur batuan yang tersembuyi dapat dilihat. Ahli geologi boleh membuat kesimpulan tentang bentuk dan luasnya struktur tersebut jika terdapat perangkap petroleum. Di laut, pam udara dimampat digunakan untuk mencipta gelombang kejutan bagi kajian seismik.
Menggerudi Telaga
Telaga pertama yang digerudi di kawasan yang masih tidak deketahui potensi petroleumnya dinamakan telaga ‘wildcat’. Keputusan untuk meneruskan kerja-kerja eksplorasi bergantung kepada maklumat yang diperoleh daripda telaga-telga ‘wildcat’ ini. Minyak atau gas jarang ditemui dari telaga pertama yang digerudi. Telaga penilaian mesti digerudi untuk mendapatkan satu anggaran yang memuaskan tentang jumlah minyak atau gas yang terkandung dalam kandungan, juga saiz dan keluasan sesebuah takungan atau takungan-takungan yang ditemui.
Bagaimana telaga digerudi?
Peralatan asas yang digunakan untuk menggerudi sesebuah telaga ialah pelantar gerudi. Bahagian pelantar yang jelas kelihatan ialah derik iaitu menara besi yang tinggi. Menara besi ini diletakkan di atas lubang yang digerudi dan berfungsi seperti kren untuk mengangkat atau menurunkan alat-alat gerudi. Mata gerudi merupakan bahagian terpenting pada alat gerudi. Biasanya, ia mempunyai tiga kon yang boleh bergerak-gerak dan mempunyai ‘gigi’ yang diperbuat daripada besi yang kuat. Kadang kala, berlian dipasangkan pada gigi-gigi ini untuk menggerudi struktur batuan yang keras ini. Apabila kon-kon itu berputar, gigi-gigi tersebut akan memecahkan dasar lubang yang digerudinya. Lumpur gerudi sentiasa dipam ke dalam kabel gerudi semasa penggerudian dijalankan. Lumpur ini ialah campuran khas yang terdiri daripada bahan kimia, tanah liat dan air. Lumpur gerudi berperanan untuk menyejuk dan melicinkan mata gerudi, membawa pecahan batu naik ke permukaan, menampal dan menutup dinding lubang. Semasa penggerudian, ujian kerap dijalankan untuk mendapatkan maklumat mengenai struktur batuan yang digerudi. (di sini)
Husam belum pun lagi membuat penggerudian kucing liar kerana mungkin dia mengamalkan sistem kucing kurap. Apa sistem kucing kurap? Tengok  projek-projek Husam sebelum ini dan anda boleh beri jawapan sendiri.

KREDIT TO KICKDEFELLA