Masing - masing mempersalahkan strategi dan cara kempen serta mengaitkan isu selangor sebagai punca mereka kalah. Pakatan Rakyat tanpa PKR dan DAP yang tidak membantu semasa kempen baru-baru ini menimbulkan banyak pertanyaan di kalangan jentera.
Kemunculan Mursyidul Am dan Presiden Pas juga dalam kempen ternyata tidak berhasil meraih undi.
Pas Kelantan berpecah kepada banyak team, team anwarinas, team ug, team majlis syura ulamak, team ustaz muda yang masing-masing mempunyai ideologi tersendiri dan tidak selari dengan perjuangan Pas masa kini.
Pasma pula seakan virus menular dalam kepimpinan Pas Pusat dan virus ini muka menular ke Kelantan. Ada bekas exco kanan Pas mula membuka ruang untuk Pasma bergerak bebas di Kelantan dan ada usaha untuk menggulingkan Presiden Pas serta menjatuhkan kerajaan Pas Kelantan.
Husam Musa pula seolah tidak peduli dengan Pas Kelantan apabila tidak di lantik exco dalam kerajaan negeri Kelantan, malah mengambil peluang menghentam kerajaan pas kelantan dalam sidang dun. Husam dibiar keseorangan seoalah dipulau dan tindakan ini menyebabkan Husam hanya membaling batu dan menyembunyikan tangan dan membuat exco yang ada sekarang kalut dan rimas serta meluat dengan bekas anak emas Mursyidul Am Pas ini.
Gerakan membalun Nik Abduh Nik Aziz Ahli Parlimen Pasir Mas pula di lakukan dengan menaikkkan sepanduk-sepanduk keji dan hina dalam mengecam MP Pasir Mas tersebut. Mereka seolah menyesal mengundi Nik Abduh pada Pru 13 baru-baru ini.
Perpecahan demi perpecahan berlaku menyebabkan pengundi muda mula muak dan tidak tahu halatuju parti yang sebenar.
Hudud hanya tinggal slogan sahaja, di PRK Pengkalan Kubor Hudud hanya di baju untuk di jual kepada penyokong, tidak ada usaha untuk merealisasikan hudud.
Royalti pula menggila dengan tindakan karut marut dengan membuat replika mayat, menanam mayat, dan pelbagai
lagi cara keji dan hina dalam kempen menuntut royalti, sedangkan perkara ini sedang dibincang di Mahkamah.
Pas diambang kejatuhan yang teruk .
Aktivis Pas
0 comments:
Post a Comment