Sunday 12 October 2014

2 ADUN PAS digantung kerana sokong Azizah


  • 3:34PM Oct 12, 2014
  • Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS digantung keahlian ekoran menyokong Presiden PKR Datuk Dr Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar.

    ADUN Hulu Kelang Saari Sungib dan ADUN Morib Hasnul Baharuddin  digantung keahlian selama setahun berkuat kuasa hari ini.

    Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

    Kedua-dua ADUN itu boleh merayu terhadap keputusan itu kepada Majlis Syura dalam tempoh 15 hari.

    Shaari dan Hasnul sebelum ini menyatakan sokongan, termasuk menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Azizah sebagai menteri besar baru bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

    Tindakan itu mendatangkan kemarahan beberapa pemimpin dalam PAS kerana ia dibuat sebelum parti itu membuat pendiriannya.

    Istana Selangor bagaimanapun akhirnya memilih Azmin Ali sebagai pengganti Khalid.

0 comments:

Post a Comment