PASIR PUTEH - Kerajaan pusat, melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, memperuntuk RM600,000 setiap tahun bagi membantu 35,000 belia menjalankan pelbagai aktiviti, termasuk bidang keusahawanan.
Pengarah JPP Kelantan Datuk Makhtar Mustapha berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM500,000 adalah bagi membantu 10 majlis belia jajahan (MBJ) dan bakinya untuk Majlis Belia Negeri (MBN).
"Ini menunjukkan kerajaan pusat tidak mengabaikan golongan belia di Kelantan walaupun negeri ini di bawah parti pembangkang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Belia Negara dan Anugerah Belia peringkat negeri di Pantai Bisikan Bayu hari ini.
Pada majlis itu, Persatuan Belia Felda Kemahang, Tanah Merah merangkul Anugerah Kecemerlangan Belia Kelantan untuk membawa pulang hadiah RM10,000 manakala Tokoh Belia Lelaki Saupi Tengah dari MBJ Kuala Krai dan Tokoh Beliawanis Zuraihah Muhamad masing-masing menerima RM3,000.
Makhtar, yang juga Pengerusi Majlis Perunding Belia Kelantan, memberi jaminan persatuan belia negeri ini tidak akan dianak tiri meskipun kerajaan pusat yang diterajui Barisan Nasional gagal merampas Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei lepas.- Bernama
Thursday, 16 May 2013
Kerajaan Pusat luluskan RM600,000 bantu belia Kelantan
20:20
No comments
Tarikh: May 16, 2013
Wednesday, 15 May 2013
Tuesday, 14 May 2013
Banyaknya Jasa Nik Aziz Di Bumi Kelantan..
14:42
1 comment
"Ramai pihak menyebut jasa-jasa saya di Kelantan, sedangkan saya sendiri tidak terasa banyaknya jasa saya, yang banyak membantu saya ialah para exco dan pegawai-pegawai kerajaan. Saya umpama tuan punya restoran, jika masakannya baik, tuan restoran mendapat pujian sedangkan yang memasaknya ialah tukang masak, yang membeli lauk pauknya ialah pekerja dan yang menyediakan hidangan pun ialah pekerja, tetapi akhirnya yang dipuji ialah tuan restoran....." - petikan ucapan Yang Amat Berhormat Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat di Majlis Jasamu Dikenang pada 14 Mei 2013 bertempat di Dewan Jamuan Utama, Kota Darulnaim.
p/s: Nak terasa macam mana, dah org lain yang buat kja..hanya.....
-Duri SemaluKu-
Monday, 6 May 2013
Nik Aziz lepas jawatan MB?
15:44
No comments
MOHD ZAILANI ABD RAHMAN
6 Mei 2013
6 Mei 2013
Nik Aziz
Difahamkan sebelum ini, Nik Aziz, 82, telah menyuarakan hasrat untuk menyerahkan kerusi nombor satu negeri itu kepada pemimpin baru, namun desakan dalaman parti yang masih mahu beliau mengekalkan kerusi yang disandangnya sejak 23 tahun itu.
Sehingga jam 12 tengah hari tadi, dikatakan perundingan dan mensyuarat bagi menentukan kepimpinan kerajaan negeri sedang berlangsung.
Difahamkan juga beberapa muka baru akan diangkat sebagai Exco kerajaan negeri.
Antara calon pelapis yang dikatakan akan mengantikan Nik Aziz adalah timbalannya, Datuk Ahmad Yakob; Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Speaker Dun Datuk Nasuruddin Daud.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semalam, Pas Kelantan mengekalkan pemerintahannya dengan mendapat 33 kerusi berbading 12 oleh Barisan Nasional.
Sunday, 5 May 2013
RAIKAN KEMENANGAN DENGAN SUJUD SYUKUR, AIRMATA KESYUKURAN
19:53
No comments
Kita telah berjuang sekian lama mempertahan tanah air ini daripada terjual atau dijual khususnya oleh DAP kepada tangan-tangan ghaib seperti Soros, kawan-kawan DAP di Singapura, Militan Kiram yang diatur oleh Soros kepada SUARAM melalui ANwar dan Tian Chua. Betapa peritnya kita mempertahankan Kalimah Allah daripada dihina-dina, betapa peritnya kita menjaga kebesaran Raja-Raja kita daripada dihina oleh puak pelampau dalam DAP, di mana PAS pun terikut-ikut terpengaruh dengan janji manis menuju Putrajaya dengan menggadai segala-galanya, terutama oleh tekong-tekong gila seperti Mahfuz dan Mat Sabu.
KEMENANGAN DI PULAU PINANG, KEDAH, KELANTAN, SELANGOR, W.P. KUALA LUMPUR KERANA ALLAH SWT. MARILAH KITA BERSYUKUR
Kemenangan demi kemenangan yang kita capai ucapkan dengan Alhamdulillah, syukur dengan kemenangan yang Allah SWT berikan.
Surah An-Nasr bererti kemenangan. Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW apabila mencapai kemenangan menguasai tanah suci Makkah, hendaklah bersyukur dengan mematuhi segala perintah Allah SWT serta memohon ampun kepadaNYA. Ringkasnya, apabila kita mendapat apa yang kita usahakan, maka janganlah lalai bersyukur kepada Allah SWT yang telah mengurniakan serta memohon ampun segala kesalahan atau kesilapan yang mungkin kita lakukan dalam usaha tersebut.
Terjemahannya:
1.Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah),
2.Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai,
3.Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.1. Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini akan mendapat pahala yang besar, bandingannya seperti membaca seperempat dari Al Quran.
2. Bacalah surah ini apabila hendak melakukan kerja-kerja yang rumit atau berat; ataupun semasa hendak keluar dari rumah, insyaAllah akan mendapat pertolongan Allah SWT.
Friday, 3 May 2013
BIG BOS IMIGRESEN, JPJ, JPN, PDRM & KASTAM:RAKYAT BERTANYA ADAKAH KAMU TIDUR
22:44
No comments
KEMASKINI 9.42PM : Bermula esok (4.5.2013), Bas-Bas dari Syarikat MTT Holidays Sdn. Bhd. akan mengangkut pengundi-pengundi dari Singapura. Pakej ini disediakan oleh parti DAP dengan bantuan sukarelawan parti lama mereka PAP. Pakejnya amat mudah, pengangkutan percuma, makan percuma tetapi undi DAP.
Kepada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, berikut adalah persoalan yang kami minta jawapan:
1. Adakah pegawai dan kakitangan Imigresen sudah bersedia di pintu masuk? Adakah kamu akan memerhati dengan teliti Kad Pengenalan mereka, Sijil Lahir mereka dan Pasport mereka?
2. Apakah kamu sudah bersedia dengan fail-fail Jenayah, Jenayah Komersial, along, kes judi, kes seludup pendatang, kes dadah dan sebagainya yang kemungkinan besar berada di dalam bas-bas tersebut?
3. Kepada Jabatan Imigresen, biar kami berbicara telus, bahawa pegawai-pegawai kamu seperti tidur, tidak memeriksa bonet kereta mereka sebagaimana pegawai Imigresen Singapura, ada di antara pegawai tanpa memeriksa detail dokumen mereka terus cop dengan cepat. Bagi saya sesetengah hal yang penting seperti ini, kamu tidur!!!
Baca semula infoleaks di bawah:
"Syarikat Bas MTT HOLIDAYS SDN BHD dari Singapura akan membawa PENGUNDI HANTU dari Singapura mulai 4 Mei 2013 untuk perjalanan ke Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan tamat di Kuala Lumpur. Yang perlu Bas minta hubungi kakitangan di bawah.
A)0293807088 (Wendy)
B)0281821838 (Jessie)
C)0286113211 (Gan)
Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap info ini! Ini merupakan rancangan jahat Pembangkang membawa masuk warga Singapura sebagai pengundi. Info juga menyatakan penglibatan Singapura dalam pergerakan tersebut!
Kepada Ketua Pengarah JPJ
1. Setiap tahun kamu Melaporkan kononnya Jumlah saman tertunggak kereta-kereta Singapura beratus-ratus juta! Kamu selalu mengadu di akjbar pemandu dari Singapura tidak membayar saman! Apakah pegawai kamu sudah bersedia ddi depan pintu masuk negara kita Periksa Lesen Memandu Mereka, Periksa Kad Pengenalan mereka, Periksa GDL mereka, Periksa Jumlah saman mereka! Inilah masalah kamu periksa mereka dengan detail apakah Cop Tangan mereka sama dengan di MyKad mereka? Supaya kamu boleh mengecam mereka yang lari tidak membayar saman! Jika kamu Pegawai JPJ pun tidak melihat perkara ini dengan mata dan fikiran terbuka, rugilah negara kita ini. Bertindaklah kamu jangan lepaskan mereka yang kamu cari selama ini!
Kepada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, SPR, PDRM & Kastam
1. Isu membawa Pengundi Hantu ini perlu diselesaikan dengan tegas. Pihak JPN dan SPR mesti membuka Kaunter Bergerak di Pintu Masuk Negara esok untuk memerisa dengan teliti Kad Pengenalan mereka. Periksa betul-betul sama ada mereka memegang Kad Pengenalan orang yang sudah mati tidak didaftar kematian mereka atau Kad Pengenalan Palsu!
2. Bandingkan nama mereka dengan nama dalam Sijil Lahir mereka, sama atau ada perbezaan dengan butir-butir diri mereka. Unit Pendua JPN mesti bersiap sedia dengan data dan mesin mereka. Periksa Cap Jari mereka dengan teliti.
3. Menghalang Pengundi Hantu adalah permintaan pemimpin-pemimpin Pakatan yang mahu pengundi hantu dihapuskan dan ditangkap. Maka inilah masanya kamu membuktikan kepada pihak Pakatan bahawa kamu memang mendengar permintaan mereka!
Kamu semua, kita semua, inilah masanya bertindak. Halang Pengundi Hantu dari Singapura!!!
KENYATAAN SEBENAR DATO’ SERI IDRIS JALA,
18:51
No comments
KENYATAAN SEBENAR DATO’ SERI IDRIS JALA,
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI BERHUBUNG ISU KALIMAH ALLAH
“ MESYUARAT KABINET PADA 5 APRIL 2011 TELAH BERSETUJU MEMBENARKAN BIBLE DALAM BAHASA INDONESIA DI IMPORT DARI INDONESIA HANYA BAGI PENGGUNAAN PENGANUT AGAMA KRISTIAN DI SABAH DAN SARAWAK SAHAJA”
“PENEGASAN YANG SAMA JUGA TELAH DINYATAKAN OLEH DATO’ SERI HISHAMUDDIN DAN DATO’ SERI MOHAMAD NAZRI BAHAWA BIBLE INI TIDAK AKAN DIBENARKAN DI CETAK ATAU
DI EDARKAN DI SEMENANJUNG”
PAS HANYA MENGAMBIL SEBAHAGIAN KENYATAAN INI BAGI MENGELIRUKAN RAKYAT…
INGATLAH AGAMA ISLAM SEPATUTNYA DIJAGA BUKAN DIJAJA.
INSAFLAH WAHAI PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI BERHUBUNG ISU KALIMAH ALLAH
“ MESYUARAT KABINET PADA 5 APRIL 2011 TELAH BERSETUJU MEMBENARKAN BIBLE DALAM BAHASA INDONESIA DI IMPORT DARI INDONESIA HANYA BAGI PENGGUNAAN PENGANUT AGAMA KRISTIAN DI SABAH DAN SARAWAK SAHAJA”
“PENEGASAN YANG SAMA JUGA TELAH DINYATAKAN OLEH DATO’ SERI HISHAMUDDIN DAN DATO’ SERI MOHAMAD NAZRI BAHAWA BIBLE INI TIDAK AKAN DIBENARKAN DI CETAK ATAU
DI EDARKAN DI SEMENANJUNG”
PAS HANYA MENGAMBIL SEBAHAGIAN KENYATAAN INI BAGI MENGELIRUKAN RAKYAT…
INGATLAH AGAMA ISLAM SEPATUTNYA DIJAGA BUKAN DIJAJA.
INSAFLAH WAHAI PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS
Subscribe to:
Posts (Atom)











