Friday, 3 May 2013

BIG BOS IMIGRESEN, JPJ, JPN, PDRM & KASTAM:RAKYAT BERTANYA ADAKAH KAMU TIDUR


KEMASKINI 9.42PM : Bermula esok (4.5.2013), Bas-Bas dari Syarikat MTT Holidays Sdn. Bhd. akan mengangkut pengundi-pengundi dari Singapura. Pakej ini disediakan oleh parti DAP dengan bantuan sukarelawan parti lama mereka PAP. Pakejnya amat mudah, pengangkutan percuma, makan percuma tetapi undi DAP.

Kepada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, berikut adalah persoalan yang kami minta jawapan:

1. Adakah pegawai dan kakitangan Imigresen sudah bersedia di pintu masuk? Adakah kamu akan memerhati dengan teliti Kad Pengenalan mereka, Sijil Lahir mereka dan Pasport mereka?

2. Apakah kamu sudah bersedia dengan fail-fail Jenayah, Jenayah Komersial, along, kes judi, kes seludup pendatang, kes dadah dan sebagainya yang kemungkinan besar berada di dalam bas-bas tersebut?

3. Kepada Jabatan Imigresen, biar kami berbicara telus, bahawa pegawai-pegawai kamu seperti tidur, tidak memeriksa bonet kereta mereka sebagaimana pegawai Imigresen Singapura, ada di antara pegawai tanpa memeriksa detail dokumen mereka terus cop dengan cepat. Bagi saya sesetengah hal yang penting seperti ini, kamu tidur!!!

Baca semula infoleaks di bawah:
"Syarikat Bas MTT HOLIDAYS SDN BHD dari Singapura akan membawa PENGUNDI HANTU dari Singapura mulai 4 Mei 2013 untuk perjalanan ke Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan tamat di Kuala Lumpur. Yang perlu Bas minta hubungi kakitangan di bawah.

A)0293807088 (Wendy)

B)0281821838 (Jessie)

C)0286113211 (Gan)



Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap info ini! Ini merupakan rancangan jahat Pembangkang membawa masuk warga Singapura sebagai pengundi. Info juga menyatakan penglibatan Singapura dalam pergerakan tersebut!

Kepada Ketua Pengarah JPJ

1. Setiap tahun kamu Melaporkan kononnya Jumlah saman tertunggak kereta-kereta Singapura beratus-ratus juta! Kamu selalu mengadu di akjbar pemandu dari Singapura tidak membayar saman! Apakah pegawai kamu sudah bersedia ddi depan pintu masuk negara kita Periksa Lesen Memandu Mereka, Periksa Kad Pengenalan mereka, Periksa GDL mereka, Periksa Jumlah saman mereka! Inilah masalah kamu periksa mereka dengan detail apakah Cop Tangan mereka sama dengan di MyKad mereka? Supaya kamu boleh mengecam mereka yang lari tidak membayar saman! Jika kamu Pegawai JPJ pun tidak melihat perkara ini dengan mata dan fikiran terbuka, rugilah negara kita ini. Bertindaklah kamu jangan lepaskan mereka yang kamu cari selama ini!

Kepada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, SPR, PDRM & Kastam

1. Isu membawa Pengundi Hantu ini perlu diselesaikan dengan tegas. Pihak JPN dan SPR mesti membuka Kaunter Bergerak di Pintu Masuk Negara esok untuk memerisa dengan teliti Kad Pengenalan mereka. Periksa betul-betul sama ada mereka memegang Kad Pengenalan orang yang sudah mati tidak didaftar kematian mereka atau Kad Pengenalan Palsu!

2. Bandingkan nama mereka dengan nama dalam Sijil Lahir mereka, sama atau ada perbezaan dengan butir-butir diri mereka. Unit Pendua JPN mesti bersiap sedia dengan data dan mesin mereka. Periksa Cap Jari mereka dengan teliti.

3. Menghalang Pengundi Hantu adalah permintaan pemimpin-pemimpin Pakatan yang mahu pengundi hantu dihapuskan dan ditangkap. Maka inilah masanya kamu membuktikan kepada pihak Pakatan bahawa kamu memang mendengar permintaan mereka!

Kamu semua, kita semua, inilah masanya bertindak. Halang Pengundi Hantu dari Singapura!!!



0 comments:

Post a Comment