Sunday, 19 May 2013

IBU DAN BAYI SENGSARA DI VIETNAM : AIR ASIA USAH LEPAS TANGAN ( EKSKLUSIF ) UPDATED

AIRASIA, AZRAN OSMAN RANI INILAH MEREKA, APAKAH RAKYAT MALAYSIA BERDIAM DIRI SAHAJA

 IBU DAN BAYI SENGSARA DI VIETNAM : AIR ASIA USAH LEPAS TANGAN ( EKSKLUSIF ) UPDATED




Kira-kira  jam 8.45 malam tadi,  mengikut  waktu tempatan di  Vietnam, saya terlihat penumpang pesawat  AK 1455,    warga  Malaysia dihampiri oleh  kakitangan  lelaki  Air Asia. Penerbangan  pulang ke Kuala Lumpur dijadualkan berlepas pada jam 9 malam atau 10 malam waktu  Malaysia.  



Setelah  beberapa minit  berlalu, perlahan saya  kemudian mendekati kumpulan penumpang itu  dan  mengajukan soalan.

"Ada masalah apa puan?" 

"Kakitangan Air Asia ini berkata,  anak saya  dilarang  menaiki pesawat  kerana dia  demam campak.   Kami  sekeluarga, dua belas orang,  datang  ke Ho Chi Minh  pada hari Rabu lalu.  Kami memang  ada  membawa bekalan ubat demam,  jadi bagi kepada dia kalau dia  demam.  Dia  sudah  tidak demam lagi,"  ujar  ibu bayi,   Izan Suhaila Mohd Ali, 36 tahun.

"The  mother and the baby had to stay here  for  five days. They cannot  board the aircraft," arah  kakitangan Vietnam Air Asia berdiri di sebelah saya.

Mereka  bimbang sekiranya deman terbabit  menjangkiti penumpang lain.


Menurut ahli  keluarga  Izan, semua  beg pakaian  mereka telah dimasukkan ke dalam pesawat.  Setelah  bercuti  selama empat hari,  kandungan beg  bercampur aduk dan barangan keperluan asas Izan dan anaknya, Maryam  sukar dipisahkan.  

Bayi,  Maryam  Sofea Mohd Reza, berusia 14 bulan.

Lalu saya terangkan keadaan sebenar kepada kakitangan  syarikat  penerbangan  tambang murah itu.

"So, all twelve had to stay  then ,"  balasnya.

"I understand the situation, law is a law but  don't  forget, these are human beings not dogs or cats. If she  were going to stay here for another five days, she and the baby need  cloth to wear.  Please refer this matter  to your superior again before making  further decision," balas saya.

Tidak lama kemudian,  muncul seorang penumpang memperkenalkan dirinya  sebagai  pegawai perubatan ( medical doctor)  datang menghampiri dan menyentuh  tubuh Maryam.

"Dia  kena chicken pox tetapi sudah tidak demam lagi. Hanya tinggal kesan tompokan hitam sahaja di tubuh,"  ujar doktor terbabit.

Beberapa minit  kemudian  tampil  pula jururawat wanita tempatan dan pantas menyelitkan jangka suhu di bawah  ketiak bayi itu sebanyak dua kali.


"Apabila  kita  bertanya,  berapakah suhu  badan Maryam,  dia membisu," ujar kakak Izan,  Norhamiza.


Saya  perhatikan,  airmata  jernih  mula bergenang  di bawah  dua kelopak mata Izan sambil dia terus  mendakap  erat  anaknya mengalami sindrom down.

Barangkali   dia  bak  tidak mampu  mempercayai  cabaran didepaninya tatkala itu amat getir. Tambahan pula suami tersayang  tidak bersamanya untuk mengharung detik hitam tidak mungkin dapat dilupakan sepanjang hayatnya itu.

Keputusan muktamat  telah  dibuat  oleh kakitangan Air Asia berpenampilan bongkak  biarpun tidak  dipersetujui ramai penumpang lain.

"The captain  doesn't  allow this baby on board," ujar pegawai sama kepada kami.

Warga Malaysia berkunjung ke bandaraya  Ho Chi Minh untuk membeli-belah. Lazimnya, ramai tidak  membawa  baki wang  tunai tatkala  pulang ke Malaysia.

Di saat perpisahan hampir menjenguk,  Izan dipeluk erat  oleh ahli keluarganya. Mereka juga  tidak berupaya  menahan  deraian  airmata tumpah di pipi. 


"Ibu ini diarahkan untuk  tinggal  bersama anaknya selama lima hari lagi di sini. Barangkali dia tidak  mempunyaii wang tunai mencukupi.   Kalau  hati terbuka untuk menghulurkan bantuan, dipersilakan,"  kata saya spontan kepada semua penumpang sedang  beratur untuk menaiki pesawat.

Tidak semena-mena,  warga Malaysia pelbagai bangsa,  Melayu, Cina dan India, tergesa-gesa mengeluarkan  matawang  pelbagai jenis dari poket serta  beg duit mereka dan pantas menghulurkan  kepada Izan.


Hebat sungguh warga Malaysia. Memori  sebegitu  bakal terus  terpahat di minda saya, selagi hayat dikandung  badan.

Saya berasa amat kagum.

Biarpun mereka tidak mengenali Izan dan keluarga,  fakta  itu diketepikan.  Saya melihat lelaki Cina bertubuh tinggi menyeluk saku lalu menghulurkan  sejumlah wang kepada Izan, berdiri di elevator.  


Kakitangan Air Asia bertugas bak tidak sabar untuk membawa Izan, Maryam dan dua anak buahnya  keluar daripada kawasan itu.


Sebelum beredar, Izan  sempat dipeluk oleh  beberapa wanita Melayu tidak pernah dikenalinya. Sebilangan wanita lain, berlari mendapatkan ibu bertugas sebagai kakitangan Hong Leong Bank itu dan mendermakan  wang tunai.


Saya  berasa amat  terharu menyaksikan  detik memilukan itu tetapi gagal untuk  tidak mengizinkan kejadian itu berlaku.

Untuk rekod, beberapa petugas, lelaki dan perempuan  kelihatan  berdiri di kaunter Air Asia.  Gambar mereka saya rakamkan.  Siapapun sekali mereka, kumpulan itu dilihat  mewakili  syarikat  penerbangan terbabit.

Andai  kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan  Air Asia,  Tan Sri  Tony  Fernandes  tiba-tiba berkebetulan   muncul  di lokasi itu,  pasti saya  tidak segan  untuk merayu ... 

"Tan Sri,  tolong  hulurkanlah  sedikit  bantuan.  Mungkin kakitangan  Air Asia boleh  mencarikan hotel untuk mereka menginap kerana Vietnam, negara asing bagi mereka. Lagipun kini hampir jam 10 malam.  Pengguna  perkhidmatan  syarikat Tan Sri itu  juga BUKAN  orang kaya  dan ternama  seperti Tan Sri.  Apapun,  hakikatnya, Izan dan anaknya adalah pelanggan Air Asia dan mereka telah membayar tambang  untuk pulang. Jika  penumpang tidak mengenali mereka,  sudi membantu,  inikan pula Tan Sri,  individu  tersohor di mata rakyat  Malaysia"

Malangnya  saya tidak berpeluang  bersemuka dan meluahkan rayuan itu kepada  Tony  tatkala beliau  diperlukan. 

Saya  bukan Richard Branson and I don't wear skirt.


Lupakan Tony  tetapi saya  berharap  selepas  membaca entri ini,  beliau dan kakitangan Air Asia  akan  mengambil tindakan segera menangani  kesengaraaan  bakal ditempuh  penumpang  malang  pesawat Air Asia terbabit. 

Tony,  just like what   I have told your staff  in Vietnam, Izan dan Maryam are humans.

Sekitar  jam 9.30 malam,  kami  semua hanya mampu menjadi penonton  ketika ibu dan anak itu  diarahkan  keluar dari pintu 18,  lapangan terbang. 


Pesawat  AK 1455  terbang  pada kira-kira jam 10 malam   waktu Vietnam,  terlewat kira-kira sejam berbanding masa sebenar. Lebih MENAKJUBKAN,  tiada sebarang permohonan maaf diumumkan kepada penumpang berikutan kelewatan berlaku.


Sebaik menaiki  pesawat,  saya menceritakan  butiran  kejadian kepada ketua pramugari, Kasturi, sedang berdiri  berhampiran  pintu  utama pesawat.  Melihat reaksi  wajahnya gadis berpakaian  serba merah itu,  saya dapat  menjangkakan  kes itu  terlalu  asing  bagi dirinya. 

"Tolong maklumkan kepada kapten danground  staff Air Asia di LCCT supaya Izan dapat dibantu,"  pinta saya.

Setelah menjamah  nasi lemak tidak berapa enak dipesan, saya sekali lagi kembali menghampiri Kasturi. 

"Saya dimaklumkan,  ibu dan anak itu telah dibawa ke hospital oleh ground staff kita," kata gadis  tinggi lampai itu.

"Adakah  kapten mengetahui kejadian itu?  Kerana  ground staff   tadi  memaklumkan saya dan  keluarga  Izan,  kapten  tidak membenarkan Mariam  menaiki pesawat," soal saya.


"Kapten hanya tahu sebentar tadi setelah saya maklumkan,"  akui Kasturi.

Kapten  bertugas,  Ariffin Bakar.

Sebenarnya, tiada individu bijak gemar bertindak melanggar undang-undang. Jika kehadiran Maryam di dalam pesawat  ternyata  membahayakan nyawa semua penumpang, molek jika bayi itu dirawat dengan kadar segera  di hospital di Ho Chi Minh  terlebih dahulu.

Sewaktu  tiba di LCCT,   saya mendapatkan  berita terkini melalui Norhamiza dan ahli keluarga lain termasuk ibunya, Zaiton Baharom, 71 tahun.

"Memang kami terekjut," komen Zaiton terkilan. 


"Tadi sewaktu saya hubungi melalui telefon,  Izan berkata,  kakitangan  Air Asia itu menghantar mereka sampai ke stesyen  teksi dan berkata, I am sorry.  Izan kemudian  terpaksa pergi membelikan baju Mariam dan dua pasang baju dia sendiri kemudian pergi balik ke May  Flower  Hotel,  tempat kami menginap  sebelum ini. Bayarannya,  USD60 semalam. Hujung minggu, banyak hotel penuh dan terpaksa tinggal di situ. Ini trip   pertama Izan ke Vietnam," tambah  Norhamiza.

"Jadi  tidak benarlah kenyataan  mereka  kononnya Maryam telah dihantar ke hospital oleh kakitangan Air Asia bertugas di lapangan terbang?,"  tanya saya kepada ahli perniagaan itu.

"Tidak," balasnya ringkas. 

"Apakah  pesanan puan kepada Air Asia?," soal saya.

"Periksa secara teliti  terlebih dahulu sebelum  membuat keputusan.  Jika Maryam  membawa penyakit,  sudah pasti kami antara individu paling awal  dijangkiti kerana kami bercampur-gaul dengan dia.  Saya sendiri  tidur sebilik  dengan Maryam,"  luah Norhamiza, kecewa.

Apakah bakal berlaku kepada Izan dan Maryam? Adakah mereka mempunyai wang mencukupi  untuk Maryam melakukan pemeriksaan  darah di hospital di Vietnam?  Wajarkah Air Asia lepas tangan dalam kes ini? 

Perkembangan  kes ini bakal saya kongsikan bersama semua, kelak.

SILA SEBARKAN KANDUNGAN  ENTRI INI DI MEDIA SOSIAL 


2 comments:

  1. pulaukan AIR ASIA....perkhidmatan kepada pelanggan tahap cipan...tiada tolak ansur...yes law adalah law...tapi mesti juga ada pertimbangan dan perikemanusiaan. Tony Fernandes perlu bertanggungjawab ,dan meredakan kemarahan orang ramai...

    ReplyDelete
  2. ORANG MELAYU ...ISI MINYAK DI PETRONAS SAJA

    ReplyDelete