Tuesday, 21 May 2013

PENANGAN ZAHID : ANWAR, LKS KETAKUTAN, LIM GUAN ENG LARI KE LONDON


SAMPAI HATIKAU TINGGALKAN AKU LIM GUAN ENG
Mesyuarat Himpunan 505 di Petaling Jaya semalam menghasilkan beberapa keputusan drastik ekoran Ketegasan Datuk Zahid Hamidi.

Pertama, semua himpunan haram 505 telah ditukar tajuk kepada berunsur santai seperti "Pesta" rakyat. Kedua, oleh kerana ketegasan Datuk Zahid Hamidi, IGP baru dan dasar-dasar yang semakin tegas Anwar dan Lim Kit Siang telah memutuskan supaya semua Himpunan Haram diberi tanggungjawab kepada NGO dengan panglimanya Chegu Bard. 

Tujuannya untuk mengelak mereka sebagai YB ditangkap dan hilang kelayakan sebagai YB jika ditangkap dan dibicarakan. Mereka melihat penangkapan Adam Adli dan Nik Nazmi amat-amat menakutkan. Jika Chegu Bard ditangkap pun dia bukan YB pun, itulah modus operasi mereka kali ini.

Pada hujung minggu ini 25 Mei 2013, mereka mengubah lokasi Himpunan Haram 505 itu di padang berdekatan AmCorp Mall di Petaling Jaya dengan tema "pesta". Himpunan tersebut dibuat pada 25 Mei 2013 supaya lebih ramai orang datang dari seluruh negara yang kebetulan PKR melaksanakan Kongres PKR di Petaling Jaya.

Yang paling mengejutkan, Lim Guan Eng akan "melarikan" diri ke Londonmenjelang 25 Mei 2013 meninggalkan Himpunan Haram 505 atau pesta itu, meninggalkan Anwar meroyan seorang diri di Petaling Jaya itu.

Kasihan Anwar orang Melayu yang mudah ditipu, Lim Guan Eng.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya.
 
"Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya? Itu adalah gopoh.
  
"Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum," katanya menerusi laman Facebook beliau hari ini.

Dalam pada itu DAP dan Lim Kit Siang turut berubah nada, DAP dilihat telah berubah nada, daripada kenyataan asalnya mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid menarik balik kenyataannya dan membuat permohonan maaf terbuka kini menuntut pula ruang satu hari penuh pada minggu pertama berdebat dalam sidang Parlimen.

Nampaknya, tindakan Anwar menipu rakyat dan penyokongnya untuk hadir ke perhimpunan 505nya dibalas dengan ditinggalkan sendirian oleh Lim Guan Eng yang akan berangkat ke London hujung minggu ini. Bye Bye Anwar...

0 comments:

Post a Comment