Thursday 23 May 2013

Tian Chua, Haris Ibrahim ditahan polis


KUALA LUMPUR 23 MEI: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Pengerusi NGO Asalkan Bukan Umno (Abu), Haris Ibrahim ditahan secara berasingan sebentar tadi, dipercayai mempunyai kaitan dengan perhimpunan membantah penipuan pilihan raya yang akan berlangsung Sabtu ini.

Tian ChuaTian (gambar) yang juga Ahli Parlimen Batu menyatakan dalam tweeter, dia ditahan lebih kurang 12.50 tengahari di Terminal Syarikat Penerbangan Tambang Murah (LCCT), sebelum menjalani pemeriksaan keselamatan.

Menurut Tian, penahanan beliau di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan mengikut pemakluman oleh ASP Buba.

“Sekarang saya dibawa dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang,” katanya.

Manakala menurut Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arulchelvan, Haris telah ditahan lima anggota polis semasa beliau makan tengahari bersama rakan-rakannya di Segambut.

Kedua-dua mereka dipercayai dibawa ke Balai Polis Jinjang.

(Laporan menyusul)


0 comments:

Post a Comment