Wednesday 22 May 2013

AnwarIbrahim Masih Belum Jawab Misteri Lagu #Sabah Dah Hilang!


Beberapa bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, Anwar Ibrahim secara sengaja menyanyikan lagu SABAH NAK/DAH HILANG berulang-ulang kali. Untuk rekod, MyMassa telah membuat kompilasi nyanyian Anwar Ibrahim dalam video di bawah.


Anehnya. Bagai dirancang, 2 bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, pengganas Kiram telah menceroboh Sabah seterusnya menyebabkan Peristiwa berdarah Lahad Datu berlaku. Akibat daripada pencerobohan bersenjata tersebut, 10 parajurit negara ini telah terkorban mempertahankan tanah air yang tercinta ini.

Sumber : http://theunspinners.blogspot.com/

Apabila ditanya kepada Anwar, mengapa menyanyikan lagu SABAH NAK / DAH HILANG, dia jawab kerana Sabah akan jatuh ke tangan pembangkang seterusnya membolehkan mereka menawan Putrajaya.

Benarkah Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang berjaya tawan Sabah dalam PRU 13? Mari kita tengok statistik ini.



Menurut statistik di atas, negeri Sabah menyumbang sebanyak 22 kerusi daripada 133 kerusi yang diperolehi oleh BN. Realitinya, rakyat Sabah memilih Barisan Nasional dan dakwaan Anwar bahawa Sabah nak hilang kerana peralihan sokongan rakyat Sabah kepada pembangkang adalah bohong semata-mata. Hanya 3 kerusi dimenangi oleh pembangkang iaitu 2 oleh DAP dan 1 oleh PKR.

Jadi, mana datangnya idea Anwar Ibrahim menyanyikan lagu SABAH NAK / DAH HILANG berulang-ulang kali? Adakah idea ini datang semasa Anwar bertemu Nur Misuari?



*Jangan biarkan hidup anda diselebungi MISTERI...

0 comments:

Post a Comment