Saturday, 22 March 2014

REFORMASI 2.0 GAGAL, ANWAR DISERU CONTOHI POLITIK MATANG INDONESIA

Muram 
Kajang, 22/3/2014 - Semalam saya berjalan-jalan di sekitar Stadium Kajang, sama ketika saya berjalan-jalan di Kuala Lumpur sekitar 26 hingga 28 September 1998. Saya ingin melihat perbezaan suasana tahun 1998 dan tahun 2014. Apakah emosinya masih sama?

Ketika itu, rentak Reformasi 1998 begitu kuat hinggakan di mana-mana sahaja orang bercakap tentang Reformasi. Baik di dalam keretapi, di lapangan terbang, dalam teksi, di kampus ketika itu saya di USM, dalam surat khabar dan sebagainya.

Tentu anda masih ingat bagaimana DS Anwar (Anwar) dan jenteranya mengumpul massa di dataran merdeka dan khususnya di Masjid Negara. Anda tentu masih ingat bagaimana Anwar melarikan diri menggunakan motorsikal ketika itu.

Sebaliknya di Kajang semalam, suasana Reformasi kelihatan lembab, lembik dan tidak bermaya. Jika tidak ada gerai-gerai jualan keadaan akan lebih sunyi. Ianya umpama perhimpunan di pasar malam.

Di dalam acara besar dan penting ini, Tiada kelibat Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang dan Timbalan Presiden PAS Mohd. Sabu, Datuk Mustapha Ali Setiausaha Agung PAS juga tiada. Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tidak kelihatan. Saya melihat tidak ada kesungguhan.

Gambar Di Bahagian Belakang Stadium
Keluasan Stadium Kajang yang boleh memuatkan 10,000 orang hanya dihadiri lebihkurang 4,000-5,000 orang sahaja. Saya melihat dengan mata saya sendiri ketidaksungguhan sebilangan yang hadir. Juga amat mengejutkan saya kurang sekali orang Cina hadir dalam pembukaan Reformasi 2.0 semalam. 

Tidak jauh dari Kajang, umat Islam juga berkumpul di Putrajaya dalam acara Selawat Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Anda saksikan sendiri kehadirannya. Dari hadapan bangunan Perdana Putra, di dalam Masjid Putra, sehingga jauh ke Bangunan Putrajaya Holding lautan manusia membanjiri Putrajaya mengucapkan Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 

Alangkah indahnya ketika kita bibir kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Perdana Menteri Bersama Umat Islam Berselawat Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
Umat Islam Berselawat Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
Ratusan Ribu Memenuhi Putrajaya  
DS Najib Bersalaman Dengan Orang Ramai
Perdana Menteri Berpelukan Dengan Habib Syech Bin Abdul  Qodir Asseqaf Dari Indonesia
Isteri Perdana Menteri Turut Bersama Bersalawat Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
Kesimpulannya mudah, saya ingin mengajak Anwar supaya membatalkan sahaja Reformasi 2.0 kerana Majoriti rakyat sudah tidak ada mood, tidak ada keinginan dan tidak lagi melihat Reformasi 2.0 itu sesuatu yang perlu. 

Zaman sudah berubah, masa reformasi sudah berlalu, generasi baharu mahukan kehidupan yang lebih aman, tenang dan rileks. Mereka mahu menikmati kehidupan dengan bahagia dan mereka mahu bekerja dengan gembira.

Negara jiran kita Indonesia sudah tidak lagi berReformasi di jalanan kerana kehidupan rakyat Indonesia dari sudut politik sudah kelihatan bahagia. Mereka sudah jarang berteriak-teriak di jalanan, mereka sudah tidak lagi ada ketaksuban membuta tuli, mereka sudah semakin matang di dalam berpolitik. 

Apabila Habibie tidak menjadi Presiden Indonesia, adakah Habibie merosakkan negaranya di jalanan? Apabila Jusuf Kalla tidak berjaya menduduki jabatan Presiden Indonesia atau Wakil Presiden Indonesia, adakah Jusuf Kalla merosakkan negaranya di jalanan? 

Saya bersetuju negara kita memerlukan pasukan pembangkang yang kuat, tetapi saya juga bersetuju negara kita memerlukan sebuah kerajaan yang lebih kuat.

Manusia yang ganjil ialah manusia yang tidak mahu menerima kekalahan (S.Ogata).




0 comments:

Post a Comment