Thursday, 27 March 2014

#CNN DAN BERITA ANTARABANGSA DIKECAM HEBAT #BoycottFOXNEWS


Antara luahan rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan media antarabangsa yang memburukkan Malaysia .
Alasan kenapa perlu boikot CNN :


1. Provokasi
Sering mengeluarkan kenyataan daripada segelintir keluarga mangsa (minoriti) yang memburukkan Malaysia, seperti Malaysia pembunuh, Malaysia menyimpan bukti dan sebagainya. Walaupun ini bukan kenyataan rasmi CNN, tetapi tayangan kenyataan seperti ini mempunyai unsur provokasi yang mampu membuat penonton percaya dan melabel Malaysia dengan sesuatu yang negatif.

2. Kesalahan Maklumat
Terlalu banyak kesalahan fakta disiarkan CNN, dan kesalahan-kesalahan ini tidak sewajarnya dilakukan oleh media sebesar itu. Kesalahan yang dilakukan adalah menyiarkan Kuala Lumpur sebagai salah sebuah provinsi di Indonesia. Selain itu, CNN juga tersalah menyiarkan nama Perdana Menteri Malaysia, yang seharusnya Datuk Seri Najib Razak, menjadi Datuk Seri Najib RAHMAN.

3. Fitnah dan Penipuan
Sejurus selepas pengumuman Perdana Menteri Malaysia bahawa pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, CNN menyiarkan berita bahawa pihak Malaysia Airlines hanya memaklumkan perkara ini kepada kaum keluarga melalui SMS. Perkara ini telah menimbulkan kemarahan penduduk dunia yang merasakan MAS tidak bertanggungjawab. Walau bagaimanapun, pihak MAS telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa perkara itu tidak benar. Pihak MAS telah mendekati keluarga mangsa dan juga menghantar SMS dalam masa yang sama agar SEMUA ahli keluarga sedia maklum akan perkara tersebut.

4. Fitnah LAGI!
Memang benar pihak CNN tidak mengeluarkan kenyataan menghina Islam dalam tragedi MH370. Walau bagaimanapun, kita digemparkan dengan kisah hukuman gantung terhadap 529 anggota Ikhwanul Muslimin di Mesir. Apa kaitan hal ini dengan CNN? Sewaktu penggulingan Presiden Morsi, pihak CNN telah menyiarkan kenyataan seperti berikut :

"Brotherhood's intentions and Morsy's credibility started to become troubling when they repeatedly broke their word."

Kenyataan ini amat tidak bertanggungjawab. Ikhwanul Muslimin memerintah hanya setahun, tetapi kenyataan CNN seolah-olah menuduh Ikhwanul Muslimin gagal dalam setiap aspek melibatkan negara Mesir. Provokasi dan fitnah. Selain itu, bekas wartawan CNN, Amber Lyon mendedahkan bahawa semasa dirinya masih berkhidmat dengan CNN, dia menerima arahan untuk menyampaikan berita palsu dengan tujuan untuk mendapatkan sokongan awam dalam misi pencerobohan ke atas Iran dan Syria.
CNN juga memainkan peranan menuduh pembabitan Saddam Hussein dengan serangan 9/11 bagi meningkatkan sokongan kepada perang Iraq.

Sumber : https://www.facebook.com/ILOVET
3/27/2014

0 comments:

Post a Comment