Friday 7 March 2014

PAS Buat Terkejut Pulak!!

  • 'PAS terkejut Anwar bersalah, kongsi kecewa'
  • | 9:46PM Mac 7 2014
  • Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu terkejut dan kesal dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang tergesa-tergesa menjatuhkan hukum bersalah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II petang ini.

    Abdul Hadi berkata PAS dan rakyat bertegas bahawa keadilan mesti ditegakkan dengan telus dan bermaruah serta dilihat ditegakkan dengan teliti, cermat dan adil mengikut prinsip undang-undang yang bebas.

    "Apatah lagi sekiranya kita merujuk kepada sistem keadilan perundangan Islam yang menekankan bahawa sedikit sahaja keraguan dalam proses perbicaraan itu sudah cukup untuk membebaskan seseorang yang didakwa.

    "Prinsip keadilan sebegini tidak dapat dilihat dalam kes yang menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini dengan sendirinya akan berterusan menghakis keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan dalam negara kita ini," katanya dalam satu kenyataan.

    Beliau juga berkata PAS berkongsi kekecewaan itu dengan anggota keluarga Anwar terutamanya isteri beliau Datin Seri Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR dalam menghadapi ujian yang sangat berat ini.

    "PAS akan terus memberikan segala bentuk sokongan kepada beliau dan ahli-ahli PKR, serta seluruh penyokong Pakatan Rakyat dalam meneruskan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan sehingga keadilan dapat ditegakkan dan kezaliman dapat diruntuhkan," katanya.

0 comments:

Post a Comment