Sunday, 16 March 2014

#PrayforMH370 : 10 TAHUN ANWAR DIBEBASKAN (2004-2014) & MH370 HILANG


Nampaknya ramai yang membaca analisa ini . Kajian saya mendapati, sebenarnya beberapa NGO dari Amerika Syarikat dan negara-negara barat sudah mula bertapak secara perlahan-lahan di Malaysia sejak awal 1970 lagi, tetapi di negara-negara jiran ianya lebih awal sedikit.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) agaknya sudah terlupa untuk menyambut ulang tahun yang ke-10 (2004-2014) pembebasan DS Anwar Ibrahim (Anwar) dari penjara Sg. Buloh. 

Oleh kerana saya amat meminati mengkaji pemikiran tokoh-tokoh politik era awal 1900an seperti Dato' Onn Jaafar, Tunku Abd. Rahman, Lee Kuan Yew, Sukarno, Mahatma Ghandi, Jawaharlal Nehru, Mao Ze Dong termasuklah Anwar Ibrahim.

Saya yakin ramai ahli-ahli PKR sendiri hatta Rafizi belum membaca buku kompilasi ucapan Anwar bertajuk "Menangani Perubahan" (1985) dan "Asia Renaissance" (1995). Saya juga yakin tidak semua orang PKR tahu bahawa Anwar semasa awal 1970 pernah dilatih di negara jiran. 

November, 1998 - Al-Gore, Naib Presiden Amerika Syarikat datang ke Malaysia memberi sokongan terbuka kepada DS Anwar Ibrahim (Anwar), sebenarnya selepas diminta oleh pihak Wall Street dan IMF. Ketika itu, Paul Schiff adalah Presiden Wall Street dan suami kepada anak Al-Gore. Beliau adalah keturunan Jacob Schiff orang penting dalam Revolusi Bolshevik. Manakala Michael Camdessus adalah Pengerusi IMF.

8.8.2000 - Anwar dihukum penjara oleh Mahkamah Persekutuan. 

11.8.2001 - Anwar menulis dalam penjara Sg. Buloh dan mengeluarkan kecaman ke atas Mohd. Atta dan Osama ben Laden serta Saddam Hussien dalam majalah Time dan International Herald Tribune, New York. Kecaman Anwar sangat mengejutkan dunia Islam ketika itu.

2.9.2004 - Anwar dibebaskan daripada penjara Sg. Buloh.
Oktober, 2004 - Pertemuan penting dengan Paul Wolfowitz di Jerman, Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat. Gus Dur turut hadir.
2005 - Apabila Anwar berhijrah ke United Kingdom, Anwar dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat Investment Management Group (IMG) yang dipengerusikan oleh Al-Gore.
George Soros pula melobi Anwar sebagai pensyarah pelawat di St Anthony's College di United Kingdom. Christopher Patten adalah Pengerusi St. Anthony's College dan beliau adalah kroni George Soros. 
Soros juga turut melobi perlantikan Anwar sebagai Ahli Jawatakuasa ICG (International Crisis Group) sebuah NGO yang mendapat suntikan kewangan dari Soros.

2006 - NGO Foundation For The Future (FFF) yang diketuai oleh Dick Cheney dan anak peremuannya Liz adalah bertujuan mempromosi Regime Change di negara-negara Asia Tenggara. Wikileaks mendedahkan Anwar memohon bantuan dana dari NGO Amerika kononnya untuk perubahan di Malaysia.  

Julai, 2006 - Anwar dilantik Pengerusi FFF, apabila kontraknya sebagai konsultan di bahagian governance and accountability, Bank Dunia tamat.
GAMBAR ANWAR DIGANTUNG DI DALAM PEJABAT ANWAR DI AMERIKA
1.10.2006 - Sebagai Pengerusi FFF, Anwar menulis surat kepada Robin Cleveland supaya Shaha Ali Riza dipindahkan dari Bank Dunia ke FFF. Riza dikenali dengan cerita skandal dengan Paul Wolfowitz.

15.12.2006 - Melalui NGO AccountAbility, Anwar yang dilantik sebagai Penasihat Kehormat memohon bantuan dana daripada Soros Fund Management.

2007 - Anwar Ibrahim & Associate (AIA) memohon bantuan National Endovment For Democry (NED) melalui Presiden NED Carl Geshman. Manakala Pengerusi NED, Madeline Albgriht melantik Anwar sebagai Panel Pemikir NED dan CFR (Council on Foriegn Relations). James Wolfonson pula melantik Anwar sebagai Penasihat Antarabangsa, Institut Brookings.

7.8.2008 - Anwar didakwa di Mahkamah kerana meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari yang difailkan sendiri oleh bekas pembantunya itu.

1.9.2009 - Pak Lah meletak jawatan dan Anwar menjangka Pilihanraya Umum Ke-13 akan diadakan bila-bila masa.


25.9.2009 - Anwar bertemu Richrad Haass di New York. Richard Haas adalah Pengarah Perancangan Dasar Luar Negara yang turut bertanggungjawab menasihati Presiden Amerika menyerang Iraq.

2010 : ANWAR IBRAHIM MAY WELL BECOME PRIME MINISTER
2010 - Di New York, Anwar diuar-uarkan sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia. Kempen "mengkehadapankan" Anwar sebagai Perdana Menteri diperbesarkan di New York dan Washigton DC.

2011 - Anwar dalam satu majlis di University College of London mewakili Al-Gore (Al-Gore Foundation) sebuah foundation yang sangat-sangat pro-Israel.

9.1.2012 - Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar daripada tuduhan liwat. Namun Mohd. Saiful Bukhari mengemukakan rayuan.

24.1.2012 - "I support all efforts to protect the security of Israeli (TWSJ)

5.5.2013 - Anwar dan PR tewas dalam PRU13. Anwar menyalahkan kerajaan Malaysia dengan tuduhan pengundi Bangladesh dan isu Dakwat Kekal.

28 Januari, 2014 - ADUN Kajang meletak jawatan tanpa sebab dan Anwar Ibrahim bercadang memenangi PRK Kajang untuk menjadi Menteri Besar Selangor, sebuah jawatan Ekskutif tertinggi peringkat negeri.

28 Februari, 2014 - Anwar berusaha membatalkan pemilihan Peguam Kanan TS Shafee Abdulah kali ke-3 tetapi gagal.

7 Mac 2014 - Tiga panel hakim Mahkamah Rayuan memutuskan Anwar bersalah dalam kes sodomi-II. Anwar Ibrahim memohon rayuan.

8 Mac 2014 - Tidak sampai 24 jam, tiba-tiba berita yang amat mengejutkan MH 370 dilaporkan hilang.

PERSOALAN BESAR :
1. NGO-NGO di Amerika Syarikat dan sekutunya telah melabur begitu banyak dana, selepas Anwar dibebaskan dari penjara pada 2004-2014.

2. Persoalannya, dengan begitu banyak pelaburan NGO-NGO di Amerika dan sekutunya membina semula imej Anwar, apakah tuntutan penaja-penaja itu selepas Anwar gagal menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2008 dan selepas PRU13 pada tahun lepas?

3. Kini dengan keputusan 3 panel Hakim yang memutuskan sebulat suara Anwar bersalah dan dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara, apakah Anwar hanya akan berdiam diri dan merelakan dirinya memasuki penjara lagi?

4. Secara peribadi saya ingin ulangi seruan saya sebelum ini, bahawa, “marilah kita rakyat Malaysia bersatu hati melawan kejahatan, kerana dengan izin Allah SWT, kejahatan itu akan tewas”. Insyaalah penumpang MH370 mudah-mudahan semuanya akan selamat. Yakinlah dengan Malaysia!

1 comments:

  1. Yg bunuh altantuya x jahat ke?..
    Yg reka sandiwara lahad datu x jahat ke?
    Yg bunuh ibrahim libya x jahat ke?
    ....jgn jd bo*oh smpai ke pungk*k...

    ReplyDelete