Thursday 28 February 2013

Apa Yang Pas Buat Bila Banjir Di Kelantan???

BACHOK - Masalah banjir yang membebankan penduduk Kelantan setiap tahun boleh dikurangkan atau dibendung jika ada kerjasama yang padu antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, terdapat sebilangan besar penduduk terpaksa berpindah ke pusat pemindahan dua atau tiga kali pada musim tengkujuh apabila rumah mereka dinaiki air.

"Antara puncanya (banjir) ialah parit dan longkang tersumbat dan apabila hujan dua atau tiga hari, penduduk terpaksa berpindah kerana air tidak dapat dialirkan ke sungai berdekatan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kelantan berkata, isu sistem longkang dan perparitan tidak sempurna itu dapat diatasi jika anak Kelantan memberi peluang kepada Barisan Nasional memerintah Kelantan pada pilihan raya umum ke-13.

Ini kerana katanya kerajaan sedia ada yang dipimpin Pas jelas tidak mampu menyelesaikan isu itu walaupun telah 23 tahun memerintah kerana tidak sehaluan dan hubungan baik dengan kerajaan pusat.

"Terdapat wakil rakyat mereka tidak mengambil peduli dengan masalah yang dihadapi rakyat," katanya yang juga Ketua Umno Bachok.

Beliau sebelum itu menyampaikan bantuan seperti bekalan makanan dan selimut kepada 60 mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Pak Badol di sini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan Mohd Noor Chik yang turut hadir, berkata kira-kira 40 peratus daripada RM500,000 yang diperuntuk di bawah Bantuan Bencana Alam sudah dibelanja bagi membantu mangsa banjir di pusat pemindahan, sejak banjir gelombang pertama pada akhir tahun lepas hingga sekarang.

Katanya ini termasuk bantuan kepada lebih 1,000 mangsa banjir yang kini berada di 24 pusat pemindahan membabitkan tujuh jajahan. - Bernama

2 comments:

  1. Bakpo gambar banjir tu di Teganu ??

    ReplyDelete
  2. yeke boleh berubah ,sebelum pas ambik kelantan dari tangan umno sama je keadaan kelantan malah lebih teruk.kenapa perlu kerajaan pusat bezakan pertolongan kepada kelanta hanya kerana tidak dehaluan dgn kerajaan negeri.kalau mcm tu knapa disekat royalti minyak kelantan sedangkan sah2 itu hak negeri kelantan,

    ReplyDelete