Tuesday, 5 February 2013

Terkini Guan Eng dan Nik Aziz Sokong Gang Nam




Lim Guan Eng
Guan Eng (tiga, kanan) menyerahkan cek bernilai RM300,000 kepada Kuvenaraju semalam.
GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyokong tindakan Barisan Nasional (BN) yang mengundang penyanyi popular Korea, Psy untuk menjayakan sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina BN pada 11 Februari nanti.

Menurutnya, beliau sangat gembira dengan berita itu dan menyokong tindakan BN yang disifatkan dapat mengharumkan nama Pulau Pinang di mata dunia.

“Saya bagi pihak kerajaan  negeri gembira dengan kedatangan penyanyi Psy yang akan mengadakan persembahan di sini.
“Pulau Pinang mendahului sekali lagi dengan kedatang- an Psy ke Malaysia. Kita boleh kata bahawa kali pertama Psy datang ke Malaysia, beliau datang ke Pulau Pinang,” katanya kepada media selepas mengagihkan limau mandarin di Pasar Chowrasta Market semalam.
Menurutnya, beliau yakin dengan kedatangan penyanyi rap itu, ia akan membantu industri pelancongan di negeri ini serta menjangka kehadiran orang ramai dari negara jiran ke persembahan berkenaan.
“Saya minta agar orang ramai yang hadir supaya memakai baju berwarna kuning sebagai tanda sokongan kepada Bersih, hijau untuk alam sekitar dan merah untuk Pulau Pinang,” katanya.
Sementara itu, Guan Eng menyerahkan cek bernilai RM300,000 kepada wakil kuil Murugan terbesar yang terletak di Jalan Kebun Bunga untuk kos pembinaan bangunan.
Cek itu diserahkan Guan Eng kepada P Kuvenaraju di pejabatnya semalam.
Setakat ini, kerajaan negeri sudah menyumbang sebanyak RM700,000 (termasuk RM300,000 yang baru diserahkan) kepada kuil berkenaan untuk tujuan kos pembinaan bangunan.


TENGOK NI PLAK 

Nik Aziz: Langkah BN bawa Psy membazir
ROSALWANI CHE SOH
5 Februari 2013
Psy
Psy
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan langkah membawa penyanyi popular Korea, Psy bagi memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN)  di Pulau Pinang pada 11 Febuari ini satu pembaziran.

“Bagi saya sambutan Tahun Baru Cina merupakan perayaan masyarakat terbabit yang meriah, namun tidak perlulah membazir dengan menjemput penghibur dari luar untuk memeriahkan acara sambutan.

“Daripada kita agungkan artis luar patut kita beri sokongan kepada anak-anak muda kita, namun persembahan yang dilakukan mestilah bermesej dan tidak menyimpang dari budaya negara kita yang masyarakatnya majoriti beragama Islam,” katanya kepada media hari ini selepas menziarah dua rumah masyarakat Cina sempena Tahun Baru Cina di Kampung Tebing Tinggi dekat sini.

0 comments:

Post a Comment