Di ruang komen blog ini beberapa hari yang lalu, ada pembaca yang bernama Nani Cheras yang mahu blog ini menulis mengenai situasi yang berlaku di Amerika.
Untuk makluman pembaca, peristiwa yang berlaku di Amerika pernah hampir-hampir terjadi di Malaysia. Insiden US Government Shutdown berlaku kerana Belanjawan negara tersebut tidak dapat diluluskan pada tempoh yang ditetapkan. Bukannya kerana negara tersebut BANGKRAP atau tidak mempunyai keupayaan kewangan.
Untuk menjawab pertanyaan dari Nani Cheras, sebenarnya Malaysia Government Shutdown hampir berlaku pada 15 Disember 2009 di mana pihak Kerajaan hampir tidak mempunyai undi yang cukup untuk meluluskan Bajet 2010. Ketika itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman menggulung perbahasan beliau di peringkat Jawatankuasa untuk memohon Dewan Rakyat untuk meluluskan bajet Kementerian Dalam Negeri.
Walaupun sudah lewat malam, didapati ketika itu bilangan Ahli Parlimen Pembangkan masih ramai. Oleh kerana pembangkang yakin dengan kekuatan Ahli Parlimen yang masih ada dalam dewan, pembangkang meminta Speaker Dewan untuk membuat pengundian belah bahagian dengan keputusan (64 BN - 63 Pembangkang). Walaupun Bajet untuk Kementerian Dalam Negeri telah lulus di peringkat jawatankuasa, tetapi keseluruhan Bajet tersebut perlu diluluskan dalam bacaan ketiga.
Ketiga bacaan ketiga, pembangkang sekali lagi meminta pengundian belah bahagian dibuat. Hasilnya BN masih lagi berjaya meluluskan keseluruhan Bajet 2010 tersebut dengan keputusan 66-63. MyMassa rasa ramai yang terlepas pandang mengenai peristiwa yang bersejarah ini. Bila Amerika mengalami masalah yang sama, kita hanya nampak Amerika tetapi kita terlupa kita juga pernah hampir-hampir mengalami keadaan seperti itu.
Apa yang MyMassa hendak katakan adalah pembangkang tetap pembangkang. Mereka hanya manusia politik yang mementing kuasa daripada nasib rakyat. Bayangkan jika pembangkang berjaya menghalang Bajet 2010 diluluskan. Sudah pasti jutaan kakitangan Kerajaan tidak mendapat gaji seperti mana yang dialami oleh rakyat Amerika ketika ini. Sudah pasti juga jutaan keluarga akan kesempitan hidup.
Sebagai penutup, MyMassa mengucapkan ribuan tahniah kepada Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dato' Sri Najib kerana belajar dari kesilapan lalu. Walaupun jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional berkurang berbanding dengan sesi Parlimen ke-12, namun kehadiran wakil rakyat Kerajaan dalam situasi penting amat membanggakan. Sebagai contohnya yang terbaru, Ahli Parlimen BN bersama-sama Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri hadir ketika pengundian belah bahagian untuk meluluskan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (2013) dengan keputusan 115 menyokong dan 66 menolak. Untuk makluman pembaca, pembahagian belah bahagian tersebut diadakan dan rang undang-undang tersebut diluluskan pada pukul12.53 pagi! Tahniah sekali lagi kepada semua Ahli Parlimen Barisan Nasional terutamanya PM dan TPM.
*MyMassa harap artikel ini dapat menjawab pertanyaan Nani Cheras berkenaan bila Malaysia Government Shutdown. Shutdown ini boleh berlaku bila-bila masa selagi kita ada ahli pembangkang yang sanggup membangkang walaupun mereka tahu tindakan mereka akan menyebabkan jutaan rakyat akan merana.

The US government has begun a partial shutdown after the two houses of Congress failed to agree a new budget.Sumber :http://www.bbc.co.uk/news/world-us-canada-24343698
The Republican-led House of Representatives insisted on delaying President Barack Obama's healthcare reform - dubbed Obamacare - as a condition for passing a bill.
More than 700,000 federal employees face unpaid leave with no guarantee of back pay once the deadlock is over.
It is the first shutdown in 17 years and the dollar fell early on Tuesday.
Untuk menjawab pertanyaan dari Nani Cheras, sebenarnya Malaysia Government Shutdown hampir berlaku pada 15 Disember 2009 di mana pihak Kerajaan hampir tidak mempunyai undi yang cukup untuk meluluskan Bajet 2010. Ketika itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman menggulung perbahasan beliau di peringkat Jawatankuasa untuk memohon Dewan Rakyat untuk meluluskan bajet Kementerian Dalam Negeri.
Walaupun sudah lewat malam, didapati ketika itu bilangan Ahli Parlimen Pembangkan masih ramai. Oleh kerana pembangkang yakin dengan kekuatan Ahli Parlimen yang masih ada dalam dewan, pembangkang meminta Speaker Dewan untuk membuat pengundian belah bahagian dengan keputusan (64 BN - 63 Pembangkang). Walaupun Bajet untuk Kementerian Dalam Negeri telah lulus di peringkat jawatankuasa, tetapi keseluruhan Bajet tersebut perlu diluluskan dalam bacaan ketiga.
Ketiga bacaan ketiga, pembangkang sekali lagi meminta pengundian belah bahagian dibuat. Hasilnya BN masih lagi berjaya meluluskan keseluruhan Bajet 2010 tersebut dengan keputusan 66-63. MyMassa rasa ramai yang terlepas pandang mengenai peristiwa yang bersejarah ini. Bila Amerika mengalami masalah yang sama, kita hanya nampak Amerika tetapi kita terlupa kita juga pernah hampir-hampir mengalami keadaan seperti itu.
Detik cemas di ParlimenBaca seterusnya di sini :http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_01.htm#ixzz2giShS4qJ
KUALA LUMPUR 15 Dis. – Kira-kira pukul 11 malam tadi di Dewan Rakyat, Barisan Nasional (BN) melalui saat paling mencemaskan apabila jumlah undi diperoleh untuk meluluskan Bajet 2010 terlalu tipis.
Ia berikutan kehadiran Ahli Parlimen BN yang mengecewakan sehinggakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa bergegas ke Parlimen untuk turut serta mengundi.
Ada yang menyifatkan saat tersebut sebagai cabaran paling getir bagi BN kerana implikasinya terlalu besar jika bajet itu gagal diluluskan.
Menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berdasarkan konvensyen bagi sebuah negara berparlimen, sekiranya bajet itu tidak diluluskan malam tadi, kerajaan BN terpaksa dibubarkan dan satu pilihan raya baru terpaksa diadakan.
“Ini juga bermakna kerajaan tidak akan mendapat perbelanjaan yang dibentangkan baru-baru ini kerana Dewan Rakyat tidak meluluskannya,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Parlimen hari ini.
Dalam sesi pengundian belah bahagian itu, BN berjaya mengatasi pembangkang sebanyak tiga undi (66-63) – membolehkan Bajet 2010 akhirnya diluluskan.
Apa yang MyMassa hendak katakan adalah pembangkang tetap pembangkang. Mereka hanya manusia politik yang mementing kuasa daripada nasib rakyat. Bayangkan jika pembangkang berjaya menghalang Bajet 2010 diluluskan. Sudah pasti jutaan kakitangan Kerajaan tidak mendapat gaji seperti mana yang dialami oleh rakyat Amerika ketika ini. Sudah pasti juga jutaan keluarga akan kesempitan hidup.
Sebagai penutup, MyMassa mengucapkan ribuan tahniah kepada Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dato' Sri Najib kerana belajar dari kesilapan lalu. Walaupun jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional berkurang berbanding dengan sesi Parlimen ke-12, namun kehadiran wakil rakyat Kerajaan dalam situasi penting amat membanggakan. Sebagai contohnya yang terbaru, Ahli Parlimen BN bersama-sama Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri hadir ketika pengundian belah bahagian untuk meluluskan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (2013) dengan keputusan 115 menyokong dan 66 menolak. Untuk makluman pembaca, pembahagian belah bahagian tersebut diadakan dan rang undang-undang tersebut diluluskan pada pukul12.53 pagi! Tahniah sekali lagi kepada semua Ahli Parlimen Barisan Nasional terutamanya PM dan TPM.
*MyMassa harap artikel ini dapat menjawab pertanyaan Nani Cheras berkenaan bila Malaysia Government Shutdown. Shutdown ini boleh berlaku bila-bila masa selagi kita ada ahli pembangkang yang sanggup membangkang walaupun mereka tahu tindakan mereka akan menyebabkan jutaan rakyat akan merana.
0 comments:
Post a Comment