Kejayaan merampas semula Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope,
kemudiannya disusuli pula kejayaan Mahathir mengambilalih Carcosa Seri
Negara yang telah diserahkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kepada
British. Semuanya bermula pada 11 September 1982 apabila wakil Wanita
UMNO, Rahmah Osman menyuarakan dalam Perhimpunan Agung UMNO Ke-33.
Carcosa Seri Negara kembali ke tangan Malaysia pada 12 Mei 1984
dengan pertukaran sebidang tanah di Jalan Ampang sebagai Residensi dan
Kedutaan Britain di Malaysia.
Satu lagi kisah yang wajar diperhalusi dan diperhatikan mengapa
Amerika begitu berdendam dengan Mahathir dan berusaha menjatuhkannya
menerusi Anwar Ibrahim dan parti-parti pembangkang Malaysia seperti DAP.
PETRONAS merupakan antara syarikat minyak utama yang mendapat
‘keistimewaan’ di Sudan. Malah PETRONAS sebenarnya merupakan syarikat
petroleum terbesar dan banyak mendapat projek di negara-negara Afrika
berbanding syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat. Dan semuanya
merujuk kepada kebijaksanaan dan keberanian Mahathir berhadapan dengan
Amerika Syarikat.
Bagaimana boleh jadi begitu?
Tahun 1988, apabila Sudan mulai stabil dan hendak memajukan negara,
negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat menawarkan bantuan untuk
memajukan industri carigali minyak di negara tersebut memandangkan
Sudan tidak mempunyai modal dan kepakaran sendiri. Amerika Syarikat
membuat tawaran menerusi TEXAS OIL yang telah datang ke Sudan dan
membuat kajian selama tiga bulan.
Atas helah Zionis dan bertujuan untuk melakukan penjajahan dan tipu
daya, Texas Oil menyatakan, bumi Sudan tidak mempunyai minyak yang cukup
meskipun Sudan yakin, simpanan minyak mereka cukup banyak dan cukup
ekonomikal bagi tujuan pengeluaran.
Tiada negara lain yang berani ‘menentang’ Amerika Syarikat. Apatah
lagi Amerika Syarikat telah memberikan isyarat agar urusan mereka dengan
Sudan tidak dicampuri oleh negara-negara lain.
Namun, sekali lagi Dr. Mahathir menunjukkan kewibawaan dan
kebijaksanaannya. Atas arahannya, PETRONAS masuk ke Sudan dan membuat
tawaran selain melakukan kajian. Hasil daripada kajian yang dibuat oleh
PETRONAS mendapati, simpanan minyak di Sudan adalah antara yang terbesar
di dunia.
Apabila kapal-kapal dari Malaysia hendak berlabuh di Sudan, Amerika
Syarikat membuat sekatan di perairan antarabangsa yang bersempadan
dengan Sudan. Isyaratnya ialah, seandainya kapal-kapal Malaysia melepasi
sekatan tersebut, Malaysia telah mengisytiharkan perang terhadap
Amerika Syarikat.
Walaupun CEO PETRONAS mahu membuat keputusan mengarahkan kapal-kapal
Malaysia balik, namun Tun Dr. Mahathir dengan beraninya telah
mengarahkan agar pelayaran diteruskan dan dia berjanji, sebarang risiko
akan ditanggungnya. Malah dia sendiri akan menyelesaikan masalah dengan
Amerika Syarikat.
Rupa-rupanya, Mahathir mempunyai agenda lain untuk memalukan dan
menakut-nakutkan Amerika Syarikat. Mahathir menggunakan helah Tun Perak,
Bendahara Kesultanan Melayu Melaka pada abad Ke-15 yang terkenal itu
dengan berkunjung ke China dan menjadikan China sebagai rakan kongsi
PETRONAS dalam projek minyak di Sudan. Syarikat minyak China telah
diberikan tanggungjawab memasang paip.
Apabila Amerika Syarikat mengetahui perkara tersebut, kapal-kapal
perangnya yang melakukan sekatan serta-merta diarahkan menggantung
sekatan. Amerika Syarikat tidak berani berhadapan dan tidak mahu
mengambil risiko berhadapan dengan China.
Selesai masalah dengan sekatan Amerika Syarikat, Tun Dr. Mahathir
sekali lagi membuat perjanjian dengan Sudan yang dilihat lebih
menguntungkan pada masa hadapan. Standard rundingan pada waktu itu
adalah 70% keuntungan untuk syarikat dan 30% keuntungan untuk negara
tersebut. Petronas bagaimanapun, telah meminda standard tersebut yang
sudah tentu akan membuatkan syarikat-syarikat minyak dari Amerika
Syarikat menggigit jari.
PETRONAS hanya mengambil 15% daripada keuntungan di Sudan dengan 85%
yang lain dipulangkan kepada Sudan. Bagaimanapun, hanya 25% dari 85%
keuntungan tersebut diberikan dalam bentuk kewangan, manakala bakinya,
PETRONAS bertanggungjawab membangunkan bandar-bandar, mendirikan
sekolah, infrastruktur dan sebagainya.
Sebabnya, mudah… Tun Dr. Mahathir sangat sedar, kalau Amerika
Syarikat tidak boleh dapat projek minyak di Sudan, mereka akan cuba
menjual senjata pula agar Sudan kucar-kacir dan mereka akan dapat masuk
menjajah negara itu dengan lebih mudah.
Tawaran yang dibuat oleh PETRONAS itu mendapat perhatian daripada
negara-negara Afrika yang lain. Bermula dari itu, PETRONAS mendapat
tawaran kerja sehingga menjadikan syarikat petroleum Malaysia itu
menjadi syarikat minyak asing kedua terbesar dalam penguasaan kawasan di
dunia.
Kehebatan yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir itulah yang
membuatkan banyak pihak di Barat terutama sekali yang berkepalakan
Yahudi seperti George Soros, menaruh dendam yang cukup besar.
Kredit : Hati Malaya
MYMASSA:
Kalau sesiapa pernah berpeluang mendekati Tun Dr. Mahathir secara
dekat, perkara pertama yang akan kita rasa adalah meremang bulu roma.
Bukan sebab takut, tetapi akibat timbul rasa kagum dan bangga yang
datang secara tiba-tiba dalam diri kita. Itulah perasaannya apabila
dapat bertemu secara bersemuka dengan seorang manusia yang Allah SWT
tinggikan darjatnya.
Ada
yang kata, Tun M senanglah, zaman beliau tiada internet dan maklumat
terbuka. Namun, kami pasti dalam setiap sudut hati rakyat Malaysia yang
pernah merasa nikmat hidup di bawah kebijaksanaan pentadbiran Tun M,
yakin dan tahu bahawa beliau akan ada formula tersendiri untuk
memastikan ketenteraman negara sekiranya masih mempunyai kuasa. Malah,
tidak keterlaluan juga jika kami katakan sebenarnya ramai rakyat yang
rindukan supaya Tun M kembali memegang jawatan PM kerana kecewa
melihatkan situasi yang berlaku dalam negara ketika ini.
Cerita
di atas merupakan salah satu daripada banyak kisah kejayaan Tun M dalam
memacu Malaysia kepada apa yang ada ketika ini. Ramai juga yang
berdengki mengatakan Tun M mampu mengubah Malaysia ke arah kemodenan
seperti sekarang ini kerana beliau diberikan peluang untuk lama
memerintah. Tetapi lupakah kita berapa banyak negara lain yang merdeka
hampir sama dengan Malaysia masih lagi gagal mengecapi kemajuan seperti
mana yang kita rasai ketika ini? Sedangkan, sesetengah negara itu lebih
kaya hasil bumi dan diperintah oleh hanya satu dinasti semenjak merdeka.
Inilah
yang dikatakan rezeki tidak datang bergolek. Tidak semestinya mana-mana
orang boleh terus kekal kaya jika diberi RM 1 juta seorang. Seorang
yang kuat berusaha dengan menggunakan sepenuhnya nikmat akal fikiran,
pasti akan berjaya dan kekal berjaya, walaupun hanya bermula dengan
sifar. Itulah bezanya Tun M dengan pemimpin dunia yang lain, sekaligus
membuktikan betapa beruntungnya kita sebagai rakyat Malaysia.
Maka
hargailah negarawan yang ulung ini selagi beliau masih ada. Mungkin
Allah SWT masih sayangkan kita semua dan Negara ini dengan mengurniakan
kesihatan yang sempurna kepada beliau. Bersyukurlah, kerana Allah SWT
masih lagi tidak putuskan kurniaan nikmat kemakmuran Negara kepada kita
semua.
Yang tak tahu bersyukur je menidakkan jasa Tun M...
ReplyDeletebetul..tu..saya dah kena tahun lepas..sampai taktau nak cakap apa,..tup saya kata tun kita sekolah sama dulu...apa punya ayat lintang pukang..umur saya 36 tun 80 lebih ++..patut tun muka terkejut..adala tak sampai 8 second kot..tu je nak cite..
ReplyDelete