Thursday, 24 October 2013

#PRKSGLIMAU : HOT... MAHFUZ OMAR AKAN BAWA USUL HUDUD KE PARLIMEN!




Penamaan calon di PRK Sg Limau dah selesai. Satu lawan satu antara calon UMNO - BN dengan calon PAS. Kini tiba masanya pihak-pihak yang bertanding memulakan kempen-kempen mereka.

Pasti tak ketinggalan kempen PAS dari dulu sampai sekarang akan mencanangkan semula bahawa parti UMNO telah menolak Hudud jadi UMNO tak Islamik, UMNO kapir dan UMNO parti sesat kerana memilih kebangsaan dan menolak Isle.

Isu titah perintah Tuanku Sultan Brunei untuk melaksanakan hukum hudud di negara tersebut pasti akan mencanakkan berahi  dan menginzalkan puak-puak PAS yang kononnya ingin menegakkan hudud di Malaysia.

"Lihatlah Brunei yang kecil, kaya dengan hasil petroleumnya tapi mampu melaksanakan hudud, tapi Malaysia majoritinya isle masih tak mampu melaksanakan hukum hudud, banyak pembaziran, banyak ketirisan bla...bla...bla. Ini semua salah UMNO yang memerintah ....takbir!" 

Gegak gempitalah ceramah-ceramah pembangkang menghentam kerajaan Barisan Nasional dan UMNO nanti. Habis saja ceramah dah pasti karung-karung derma beredaran memungut derma dari pendengar-pendengar ceramah. Itulah saja cara mudah dilakukan puak PAS dan pihak pembangkang memungut duit rakyat.

Artikel asal Berita Harian 23 Oktober 2013

Kalaulah PAS ingin benar membawa kembali isu hudud semasa kempen di PRK Sg Limau ada baiknya para pemimpin PAS merenung sejenak perkara berikut;

Setiap cadangan pembentukan atau pindaan undang-undang boleh diusulkan untuk dibentangkan di ParlimenKalau PAS berani silalah bawa usul mencadangkan agar hukum hudud dibacakan untuk kali pertama di Parlimen

Kalau ikut sistem Monarki Mutlak danMelayu Islam Beraja di Brunei, setiap titah Sultan adalah perintah yang mesti dilaksanakan. Ahli-ahli Parlimen mereka tidak mempunyai kuasa untuk melakukan bantahan secara kurang ajar sepertimana puak-puak tertentu yang tak sedar diri di Malaysia ni. Kalau kurang ajar mereka akan dikenakan hukuman keras termasuk dihalau atau dibuang negara. Itulah betapa  hebatnya kerajaan Islam di Brunei.

Jadi PAS janganlah dok canang dan menipu kat penduduk-penduduk kampung kononnya UMNO dan BN tolak hudud. La ni zaman internet depa boleh dapat maklumat sebenar pasai hudud.

PAS la ni memiliki 21 ahli Parlimen yang sudah tentu semuanya beragama Islam. Ajak dan berpakatlah dengan ahli-ahli Parlimen dari UMNO seramai 88 orang tu. Pakat lagi dengan 11 dari 14 ahli Parlimen dari Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Sarawak yang beragama Islam. Campur lagi dengan 14 dari 30 ahli Parlimen PKR yang Islam dan dari DAP yang Islam. Semuanya berjumlah 136orang. Simple majoriti 112 orang...Insya Allah hudud dah boleh dilaksanakan jika semua 136 Ahli Parlimen Islam ni bersetuju!

Buat permulaan ajaklah UMNO dan ahli-ahli Parlimen Muslim ni membincangkan perlaksanaan hukum hudud dengan membawa usul tersebut ke Parlimen.Nanti baru kita akan tahu siapa yang sokong hudud dan siapa pula yang menentang?   

Tak perlu nak tuduh-tuduh kononnya UMNO yang tolak hudud dan tolak Islam. Sedangkan PAS sendiri tak pernah mencuba kaedah ini, mana nak tau hasilnya? Tapi kalau kena caranya Insya Allah akan terlaksananya juga hudud di Malaysia.

Elok benarlah sesuai dengan pembukaan sidang Parlimen esok YB Mahfuz Omarselaku Ahli PAS Parlimen Pokok Senamerangkap Pesuruhjaya PAS Kedahmembentangkan usul perlaksanaan hukum hudud di Malaysia. Mungkin YB Johari Abdul; Ahli Parlimen PKR Sg Petani dan YB Zairil Lim ahli Parlimen DAP Bukit Bendera merangkap 'wakil melayu-Islamdalam DAP yang jugaPengerusi Interim DAP Kedahmenyokong usul perlaksanaan hukum hudud ini. Bukankah DAP kini sudah berubah dan lebih Islamik dari UMNO sendiri hasil tarbiyah dan tahaluf siyasi PAS? 

Di Kedah ni yang selalu kata UMNO tolak Islam tu adalah orang-orang yang mengaku dari sebuah parti Islam 'terpilih'. Tapi yang tolak Enakmen Jenayah Syariah Pindaan 2013 juga adalah dari sebuah parti Islam yang banyak dalih.

Kalau PAS takut nak kemukakan usul hudud ini, ditambah pula selama depa perintah Kedah dulu pun dah banyak sangat kalih, elok sajalah penduduk-penduduk Sg Limau pakat-pakat kalih dan pilih undi BN pulak PRK kali ni. 

Insya Allah Sg Limau mampu berubah bila BN redah, PAS akan rebah.

0 comments:

Post a Comment