Monday, 14 October 2013

KALIMAH ALLAH... SYUKUR KITA MENANG BUAT KALI KE 3!

KALIMAH ALLAH... SYUKUR KITA MENANG BUAT KALI KE 3!


Mahkamah Rayuan Putrajaya telah menetapkan kalimah Allah adalah hak milik umat Islam sekaligus telah menolak rayuan pihak gereja untuk menggunakannya dan juga keputusan Mahkamah Tinggi sebelumnya yang membenarkan kaum gereja menggunakan kalimah tersebut dalam penerbitan mereka.

Kita bersyukur kepada Allah s.w.t di atas segala bantuan dan rahmatNya ini. Umat Islam telah memperoleh kemenangan buat kali ke 3 berturut-turut. Ini bermakna kalimah Allah menjadi hak mutlak umat Islam dan kaum kafirin dan gereja khatolik tidak berhak untuk menggunakan kalimah tersebut di dalam apa jua penerbitan seperti Herald -  The Catholic Weekly.

Pemimpin-pemimpin Islam bersemangat mempertahankan kalimah Allah berkumpul depan Istana Kehakiman, Putrajaya. Syukur perjuangan jihad akhirnya menemui kemenangan jua...
Kemenangan ini merupakan anugerah tak terhingga dari Allah s.w.t kepada umat Islam memandangkan pada esok hari kita akan sambut Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Qurban. Ketika ini umat Islam sedang berwukuf di Arafah dan kita percaya mereka juga tak henti-henti berdoa untuk kemenangan ini. Begitu juga kepada umat Islam yang berpuasa sunat hari ini telah berjaya mendapat kemenangan ini.

Makcik ini dan anaknya turut hadir dan berdoa agar Allah memberikan kemenangan kepada umat Islam dalam mempertahankan kalimah Allah. Tak bayar sesen pun makcik ini tetap akan hadir mempertahankan agamanya.


Warga Putrajaya yang berkelapangan turut menyatakan sokongan dan berdoa kesyukuran di atas kemenangan umat Islam di hadapan Istana Kehakiman
Tahniah kepada semua pihak yang terlibat mempertahankan kalimah Allah ini hingga mencapai kemenangan kali ke 3 ini. Terima kasih barisan para hakim, peguam-peguam Islam, pertubuhan-pertubuhan NGO Islam dan orang perseorangan yang berdoa siang malam. Begitu juga kepada barisan bloggers dan facebookers yang telah berjihad melalui media sosial. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan kalian terhadap agama Allah ini begitu besar ertinya.

Pahlawan-pahlawan dari NGO Seni Silat turut hadir dan berdoa kesyukuran sebaik sahaja pengumuman kemenangan dibacakan oleh para peguam muslim.

Namun di sebalik kegembiraan ini kita wajar beringat bahawa pihak kafirin tidak akan diam dan redha dengan keputusan mahkamah ini. Mereka sentiasa mencari jalan untuk menyelewengkan kalimah Allah ini seperti mana tersiratnya agenda dan muslihat mereka untuk memecahbelahkan dan memurtadkan kaum muslimin di negara ini. 



Orang ramai berdoa kesyukuran setelah pengumuman kemenangan umat Islam diumumkan
Puak-puak kafir ini akan membawa kes ini ke Persidangan Comango di Geneva pada 24hb Oktober ini untuk mencabar kemenangan umat Islam ini. NGO-NGO kafirin ini telah memulakan langkah dan strategi mereka untuk terus mencabar keputusan ini seterusnya mencabar Perlembagaan Persekutuan, Raja-Raja Melayu, syariat Islam seterusnya Ummah itu sendiri.

NGO yang berpakaian seperti pahlawan dan pendekar Melayu ini juga bersemangat mempertahankan kalimah AllahKeris akan terhunus dan menusuk jika ada yang kurang ajar pada bangsa Melayu!

Justeru wahai umat Islam bersedialah dengan segala kekuatan yang kamu memiliki untuk menghadapi musuh-musuh kamu, musuh-musuh Allah dan musuh-musuh yang kamu tidak ketahui sedangkan Allah mengetahuinya. Ingatlah kaum kafir tidak akan dan pernah redha dengan umat Islam sehinggalah kita menuruti agama dan segala kemahuan mereka. Namun ingatlah mereka merencanakan muslihat, namun Allah lebih hebat muslihatnya. Kebatilan pasti akan hancur!

2 comments:

  1. DI MANA PAS, DI MANA PEMIMPIN TERISLAM DI DUNIA YAKNI NIK AZIZ SERTA PARA SAHABAT TERSEMPURNA NYA DI KALA AGAMA ISLAM DIPERSENDA.......SEMUA BALA DAN BENCANA DILANDA UMAT INI DISEBABKAN OLEH KALIAN, KALIAN YANG MULANYA MENGIZINKAN KALIMAH SUCI ALLAH ITU DIKONGSI DAN KEMUDIAN KALIAN BERMAIN TARIK TALI DEMI SURVIVAL POLITIK HANYIR......ANDA INGAT DENGAN MEMPERJUDIKAN AGAMA ALLAH INI KALIAN BOLEH MENANG BESAR DI PRU LALU.....HAKIKATNYA DENGAN MENONGKAH ARUS INI PAS SEMAKIN JAUH DARI ORANG MELAYU. ORANG MELAYU TAK PERLUKAN MEREKA YANG TIADA PRINSIP MALAHAN BACUL DALAM MEMIMPIN UMMAH.....PAS SEMAKIN DITOLAK DI MANA SAJA OLEH MELAYU.....DAN HANYA UMMAH YANG BODOH DAN BEBAL SAHAJA YANG MASIH BERADA DALAM JEMAAH PAS...SEDANGKAN MEREKA YANG ADA AKAL TERUS MENOLAK PERJUANGAN PAS YANG TIDAK MATANG DAN KEBUDAK BUDAKAN........NIK AZIZ DAN KUNCU-KUNCU TAK CERDIKNYA PERLU BERTANGGUNG JAWAB SEPENUH NYA JIKA KALIMAH ITU DIGUNA PAKAI OLEH KRISTIAN DI NEGARA INI......KAMU PERLU JAWAB DI DUNIA DAN DI AKHIRAT NANTI.

    ReplyDelete
  2. Bagi aku kemenangan ini tiada maknanya .......sebab lain kali dia akan berulang lagi .....Mana perginya penasihat raja raja Melayu dan Aggong?.Sepatutnya kes ini tidak boleh dibawa kemahkamah pun.........STOP.Sesiapa yang engkar mesti dibunuh .Ini negara ISLAM pemerintah nya orang ISLAM.Sudah sampai masanya kita orang islam bertindak lebih tegas kepada orang orang Kafir yang kurang ajar.

    ReplyDelete