Wednesday 30 October 2013

PRKSgLimau : Musuh No 1 Us Azizan bakal turun untuk bantu calon PAS! #BeraniHijrah


Al Fatihah

Memberikan undi kepada calun Pas di kawasan Sg Limau adalah memberikan undi kepada Anwarinas yang memperkudakan Pas selama ini  dan mahu menjadikan Pas sebagai batu loncatan untuk Anwar Ibrahim  menjadi Perdana Menteri.

Ingat Harakah yang dikuasai oleh Anwarinas telah menyatakan bahawa Haji Hadi hanya layak untuk menjadi nelayan.

Allahyarham bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak cukup menyedari pandangan rendah dan kecil Anwar Ibrahim terhadap ulama  dan beliau tidak senang dengan Anwar lama  sebelum PKR berkerjasama dengan Pas dalam Pakatan Rakyat.

Saya ingin memberitahu seluruh ahli Pas dan juga orangramai  apa yang dinyatakan oleh Allahyarham Azizan kepada saya ketika beliau melancarkan buku" Haji Abdul Rahman Merbok" seorang ulama pejuang kemerdekaan yang terkenal di negeri Kedah yang ditulis oleh Ismail Rastu seorang penulis beberapa buah buku  terbitan  Dewan Bahasa dan Pustaka selepas Pilhanraya Umum 2008.


UNDI KEPADA PAS DI SG LIMAU BERARTI  UNDI KEPADA ANWARINAS - Zam Maidin


 
 
1 November ini, Anwar Ibrahim dijadualkan akan turun ke Sg Limau untuk berkempen. Walaupun umum tahu DUN ini merupakan kubu PAS, namun apakah kehadiran Anwar ini dialu-alukan? Adakah allahyarham Us Azizan secara suka-suka menyatakan perkara di atas kepada rakannya Zam Maidin satu ketika dahulu?
 
Kami pernah mengulas tentang bagaimana Anwar Ibrahim cuba campur tangan dalam pentadbiran PAS di Kedah ketika Us Azizan masih menjadi MB dahulu. Sebelum PEMANDU di PMO menunjuk besar kepala, Anwar Ibrahim pernah mengarahkan Presiden PAS untuk menubuhkan PEMANDU di KEDAH bagi memantau Us Azizan. Pelik bukan apabila Ketua Umum PKR yang jawatannya yang tidak termaktub pun dalam Perlembagaan parti sendiri boleh memberikan arahan kepada Presiden PAS yang jauh lebih senior?
 
 
Malah, takkanlah pengundi yang setia dengan Us Azizan boleh cepat lupa bagaimana Anwar Ibrahim tidak sekali pun terfikir untuk melawat beliau ketika terlantar sakit dan tenat di hospital, sedangkan dengan serta merta  bergegas hadir menyembah mayat si Kafir Teoh Beng Hock apabila diberitahu?!!

 
 
Mungkin jasa Us Azizan tidak sehebat Teoh Beng Hock yang sanggup mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan imej DAP dan PR?!! Sebab itu jugalah agaknya Anwar langsung tidak hadir ke majlis pengkebumian Us Azizan.
 
 
 
Sesungguhnya apa yang ditempuhi oleh Us Azizan sepanjang sepenggal mentadbir Kedah adalah sangat getir, semata-mata kerana beliau enggan meletakkan diri beliau di kelompok pemuja Anwar Ibrahim atau Anwarinas dan menjadi penchacai DAP. Ingat lagi bagaimana beliau dipaksa untuk meminta maaf kepada dua ADUN DAP yang keluar daripada pentadbiran Kerajaan Negeri apabila beliau menutup pusat penyembelihan BABI terbuka?
 
Ingat lagi tekanan yang diberikan oleh DAP dan PKR kepada beliau apabila melaksanakan dasar pemilikan rumah minima 50% kepada orang Melayu? Beliau dibiarkan terkontang-kanting keseorangan tanpa sokongan partinya sendiri.
 
Malah, beliau turut diancam sabotaj dalaman sepanjang masa dari dua arah, iaitu kem Anwarinas yang diterajui Mahfudz Omar-Phahrolrazi dan kem Syiah-Liberal yang diterajui oleh Mat Sabu. Dan apabila Kedah tumbang kepada BN pun beliau masih lagi dipersalahkan. Cuba bayangkan hidup dalam keadaan seumpama itu? Orang yang sihat walafiat pun boleh jatuh sakit.
 
Jadi, perlukah pengundi DUN Sg .Limau memberikan peluang kepada Anwar Ibrahim dan konco-konconya bermaharajalela kali ini? Kalau jawapannya iya, maka apakah bezanya anda semua dengan mereka yang kami sebutkan tadi? Jangan biarkan pemergian Us Azizan itu satu perkara yang sia-sia. Kemenangan PAS pada PRK kali ini hanyalah akan menyebabkan mereka yang memusuhi wakil rakyat kesayangan anda bertambah bongkak lagi. Anda teramatlah silap jika menyangkakan mereka akan membela nasib anda selepas menang kerana niat mereka hanyalah mahu menang di Sg Limau bagi mengukuhkan lagi kedudukan Anwarinas dan Syiah di dalam PAS semata-mata!
 
Untuk itu, usahlah biarkan diri kita dipermainkan lagi oleh mereka yang rakuskan kuasa ini. Tolak Anwar Ibrahim 1 November ini. Anda tidak perlu berdemo dan membuat kecoh pun. Apa yang perlu anda lakukan adalah sematkan tekadBERANI HIJRAH dalam diri anda, danKEKAL-kan kedudukan anda di rumah masing-masing apabila musuh No 1 Us Azizan itu datang nanti. Mudah bukan? 

0 comments:

Post a Comment