Tuesday 20 May 2014

Mahkamah Malaysia Tidak Adil!! Mahkamah Barua Pembangkang?!!


  • 42 dibebas dari tuduhan sertai himpunan haram
  • Kow Gah Chie | 11:44AM Mei 20 2014
  • Selepas pendengaran lebih enam tahun, 41 aktivis dan seorang wartawan yang didakwa terlibat dalam perhimpunan haram semasa protes kenaikan harga barang pada 2008, hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen.

    Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Mat Ghani Abdullah berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

    Beliau kemudiannya mengarahkan 42 yang ditahan itu dibebaskan serta-merta.

    Antara dibebaskan anggota Parlimen Batu Tian Chua dan bekas wartawanMalaysiakini Syed Jaymal Zahiid.

    Mereka didakwa terlibat dalam perhimpunan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di ibu negara pada 26 Januari 2008.

    Syed Jamal turut didakwa menghalang Cif Inspektor Effendi Abdul Rahman daripada menjalankan tugas apabila bertanya pegawai pasukan itu berhubung penahanan peserta perhimpunan.

0 comments:

Post a Comment