KOTA BHARU - Pergerakan Pemuda Umno Kelantan mendesak Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R.S.N Rayer memohon maaf kepada anggota Umno dan orang Melayu atas kebiadabannya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap parti itu dalam sidang Dun Pulau Pinang baru-baru ini.
Ketua Pemuda Umno Kelantan, Mohamad Azam Ismail berkata, kata-kata kesat yang diungkapkan Rayer disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab, tidak beretika dan tidak bertamadun bagi seorang wakil rakyat.
"Sebagai Adun, beliau sewajarnya menunjukkan contoh yang baik dari segi perkataan mahupun perbuatan kerana kita sebagai rakyat Malaysia sangat terkenal dengan kesantunan dan kesopanan budi bahasa.
"Bagi sesiapa yang mendengar ungkapan yang dikeluarkan oleh beliau pasti akan berasa tersinggung dan terguris hati kerana ia sangat jelas menghina dan memancing kemarahan anggota Umno khasnya orang Melayu," katanya kepada pemberita ketika program Sembang Santai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) Bersama Orang Muda di sini, malam tadi.
Mohamad Azam berkata, Rayer perlu diberikan kaunseling supaya lebih berhati-hati semasa mengeluarkan sebarang kenyataan demi menjaga sensitiviti orang ramai di negara ini.
"Adun berkenaan perlu diberi kaunseling di samping kursus etika dan kesusilaan supaya lebih beradab dan berbudaya," katanya. - Bernama
Monday, 26 May 2014
Pemuda Umno Kelantan Desak Rayer Mohon Maaf
15:28
2 comments
Lagi gesa Rayer mohon maaf
May 26, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Adun berkenaan perlu diberi kaunseling di samping kursus etika dan kesusilaan supaya lebih beradab dan berbudaya,"
ReplyDeleteUmno harus diberi kaunseling menyerang dewan yang mulia
Anonymous26 May 2014 15:37
ReplyDeleteKau nie Boddoh .. Tak tahu tak payah lah komen..
Dewan Yang Mulai Kat Negeri Pembangkang yak sama dengan Dewan Yang Mulia di bawah Pentadbiran Kerajaan UMNO-BN.
Kalau Tak der Provokasi, Kau ingat Orang2 Melayu suka Nak Masok Dalam Dewan.
Lancau Melayu Jenis Nie..Ada Hati Buta, Ada Mata Buta, ada Telinger Pekak..
Ini punca Melayu terus di CELAKA kan Komen Bangsat