Saturday 16 June 2012

Beliau Masih Tersenyum

Beliau masih tersenyum tatkala umat melayu islam Kelantan semakin berpecah akibat politik , akibat pandangan dan keputusan yang kadang tidak masuk akal akibat ingin menjaga hubungan politik dan mengekalkan kuasa. Melayu Kelantan mula berpecah dan cubaan untuk bersatu yang dianggap hanya gimik politik semata-mata. Tua muda ibu ayah kanak-kanak bercakaran akibat daripada perbezaan fahaman politik beliau dan di telan bulat-bulat oleh penyokong tegar. Sembahyang 2 imam masih lagi wujud di tempat-tempat tertentu serta masjid dan surau-surau secara terang-terangan di gunakan untuk berpolitik mengutuk manusia melayu islam yang tidak bersefahaman dengan fahaman politik mereka. Inikah islam yang cuba di bawa, tidak nampakkah beliau perpecahan sudah berlaku, malu sangatkah dilahirkan menjadi melayu? Sedar lah marilah kita bersatu demi menjaga kepentingan Islam Melayu dan Institusi Raja Melayu. Jangan sampai menang sorak kampung tergadai demi cita-cita politik mereka untuk memerintah Malaysia tanpa mengira apa sahaja cara! Bangun Bangkit dan Bersatulah Wahai Melayu Islam..

0 comments:

Post a Comment