Monday 18 June 2012

Berita Terkini


Kira-kira 5,000 pengguna air di beberapa kawasan di sini akan mengalami gangguan bekalan air mulai malam esok.

Kawasan yang terlibat ialah Wakaf Che Yeh, Pintu Geng, Pendek, Mulong, Kedai Piah, Kampung Salor, Kampung Seberang Pasir Mas, Bendang Paku, Aur Duri dan sekitar Pintu Geng.


Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Hazwan Hassan berkata, gangguan berlaku disebabkan kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan paip utama di loji rawatan di Pintu Geng dari 10 malam hingga 6 pagi keesokannya.


Bekalan air dijangka pulih dalam tempoh 24 jam dan pengguna diminta menyimpan bekalan air yang mencukupi.

Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi Pusat Info PINTAS di talian 1300-88-2572.

0 comments:

Post a Comment