Sunday 24 June 2012

PAS dengan Slogannya. Menipu rakyat tidak kira dimana jua. Kasian.

Billboard di Kota Bharu :
Lihat slogan PAS.

1. Keilmuan : Kerajaan Negeri Kelantan tidak Ikhlas memberi ilmu kepada rakyat kelantan, contoh mudah Tadika PASTI mengambil yurn yang mahal berbanding Tadika KEMAS yang disediakan oleh Kerajaan... Pusat.

2. Kepatuhan : Pemimpin PAS tidak patuh dgn Ajaran Agama Islam kerana Islam mahu umat islam bersatu, Islam melarang umatnya memungkiri janji tapi tiap kali tiba pilihanraya, PAS akan berjanji bulan dan bintang kepada rakyat. Pemimpin PAS mengkafirkan orang UMNO. Siapa Nik Aziz nak kafirkan saya?

3. Kebajikan : Tiada kebajikan kerajaan kepada rakyat sekiranya tiap kali ceramah maki hamun orang disediakan tabung utk kutip derma. Balak dihutan licin disapu tapi nak buat Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai minta derma rakyat. Ini bukan kebajikan tapi penyamun tarbus.

4. Kebersihan : Air tidak bersih walaupun kerajaan pusat telah memberi peruntukkan anggaran sebanyak RM450 Juta. Islam pentingkan kebersihan dari segi wuduq. Air di rumah pemimpin PAS bersih kerana guna tangki besar tp rakayt dibawah air paip yang sama warna the o ais.

5. Kesejahteraan : Bermaksud keamanan, mana keamanan sekiranya PAS bersama Ambiga menentang Kerajaan bersama "BERSIH" yg kotor.? Kelantan juga tiada kesejahteraan kerana mengikut laporan PDRM, kes rogol tertinggi adalah di kelantan dimana bapa rogol anak, datuk rogol cucu dan lain-lain lagi.

Kesimpulannya PAS hanya pandai berkata-kata, menang slogan tetapi tiada pelaksanaan. Tidak malukan mereka mempergunakan Agama Islam utk meraih undi dan sokongan.? Kerajaan Barisan Nasional menepati janji kepada rakyat. Terserah kepada rakyat utk melihat, mengkaji dan berfikir dengan sempurna.

0 comments:

Post a Comment