Sunday 24 June 2012

Himpunan Sedar Selamat Untuk Hadiri



MTRK jamin himpunan selamat
AZMI
KOTA BHARU - Gabungan 32 badan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai Himpunan Sedar mengingatkan pihak tertentu supaya tidak mencuba untuk menimbulkan kekecohan ketika berlangsungnya perhimpunan itu Selasa ini.

Bagi tujuan itu, Presiden Majlis Tindakan Rakyat Negeri Kelantan (MTRK), Azmi Ali yang mengepalai Himpunan Sedar ‘Demi Tanah Air Kelantan’ berharap perhimpunan tersebut tidak berlaku kekalutan apabila terdapat satu lagi program pra-Himpunan Royalti turut diadakan pada hari dan tempat sama.

Azmi berkata, pihaknya memberi jaminan perhimpunan yang diadakan jam 10 pagi di hadapan Kompleks Kota Darul Naim itu akan berlangsung dengan aman tanpa berlakunya kekecohan sehingga mendatangkan kerugian kepada Kerajaan Kelantan.

“Permit perhimpunan sudah dipohon dan kami tetap akan mengadakannya himpunan ini biarpun ada pihak yang didakwa cuba menggagalkannya dengan berhimpun satu jam lebih awal daripada kami pada hari sama di kawasan tersebut.

“Jangan cuba mengganggu perhimpunan aman bersama rakyat ini, lagipun kenapa mereka turut berkumpul di kawasan sama pada hari tersebut dan kami juga meminta jasa baik polis supaya menasihatkan kumpulan itu supaya tidak mewujudkan kekecohan nanti,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di sini, kelmarin.

Hadir sama pada sidang media tersebut, Pengerusi Gerakan Tukar, Kamaruddin Mohd Kasim, Setiausaha Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kelantan, Sharif Mahmood bersama wakil NGO lain.

Azmi berkata, perhimpunan itu diadakan untuk mendesak pihak berkenaan supaya membentangkan maklumat berkaitan peruntukan daripada Kerajaan Pusat yang dibelanjakan dalam menyediakan bekalan air bersih kepada rakyat yang dilihat masih kritikal.

Katanya, tempoh sudah diberikan tetapi mendakwa pihak tersebut berdolak-dalik dalam memberi penjelasan yang sebenarnya dan perhimpunan ini Presiden Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti), Nazri Deraman berkata, pihaknya akan berkumpul jam 8 pagi pada hari dan lokasi yang sama bagi menganjurkan program

‘Pra-Himpunan Royalti: Menjunjung Titah Tuanku Sultan Muhammad V’. “Himpunan diadakan untuk menyerahkan ‘Memorandum Tuntutan’ dan juga ‘Plak Royalti’ yang telah ditandatangani oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Kerajaan Negeri Kelantan,” katanya menerusi kenyataan media kepada Sinar Harian kelmarin.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan peserta berhimpun dengan aman supaya tidak cuba menimbulkan sebarang perbuatan yang boleh menimbulkan kekecohan dan individu yang menimbulkan suasana tegang boleh dikenakan tindakan oleh petugas perhimpunan.

0 comments:

Post a Comment