Sunday 11 March 2012

HARAM MENJATUHKAN PEMERINTAHAN MUSLIM, PEMIMPIN FASIK BAGAIMANA???

Para ulama sejak sekian lama membahaskan persoalan hukum menjatuhkan kepimpinan atau pemerintahan yang dipegang oleh orang Islam. Terdapat begitu banyak hadis-hadis yang melarang perbuatan sedemikian  kerana ia akan mewujudkan pertelingkahan dan pertumpahan darah di kalangan ummah. Namun masa yang sama, Rasulullah s.a.w membenarkan umat Islam merebut kepimpinan jika ada alasan yang kukuh misalnya pemerintah tidak langsung melaksanakan syariat Islam bahkan membunuh dakwah dan syariat Islam secara terang-terangan. Sebuah hadis soheh diriwayatkan daripada Abi al-Walid Ubadah bin Somit r.a. katanya: Kami telah berbaiah kepada Rasulullah s.a.w untuk dengar dan taat dalam keadaan susah ataupun senang, suka ataupun benci dan (dalam keadaan pemimpin) lebih mementingkan dunia melebihi kami. (Kami juga berbaiah) untuk tidak merebut kekuasaan dari pemerintah melainkan jika kami melihat Kufr Bawwah (kekufuran yang nyata) yang kami mempunyai alasan di sisi Allah (kami juga berbaiah) untuk menyatakan al-Hak di mana saja kami berada dan kerana Allah kami tidak takut kepada celaan sesiapa yang mencela. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis di atas menjelaskan bahawa Rasulullah meminta umat Islam agar mentaati pemerintah dalam segala keadaan, sekalipun mereka melakukan kezaliman terhadap kita. Kita juga ditegah merebut kuasa melainkan apabila melihat Kufr Bawwah atau apabila berleluasanya kekufuran dan penindasan terhadap hak ummah untuk beribadah dan mentaati Allah. Ummah diwajibkan untuk bangkit menyatakan kebenaran dan menentang kekufuran itu dari terus merosakkan ummah. Rasulullah s.a.w pernah bersabda;

“Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah dengan tanganmu, jika kamu tidak mampu maka cegahlah dengan lisanmu dan jika kamu tidak mampu juga maka cegahlah dengan hati. Dan itulah selemah-lemahnya iman”.  (Hadis Riwayat Imam Muslim r.a)

HUKUM MEMERANGI PEMERINTAH ZALIM

Syarak jelas melarang ummah memberontak dan memerangi para pemimpin Islam yang fasik atau zalim sekiranya persoalan itu hanya terbatas kepada persoalan peribadi pemimpin sahaja tanpa melibatkan persoalan dasar kepada ajaran Islam. Ini kerana peperangan sesama Islam akan menyebabkan pertumpahan darah, kerosakan seterusnya akan melumpuhkan kekuatan ummah keseluruhannya. Bahkan perbalahan ummah yang berlarutan akan menjadikan umat Islam semakin lemah dan mudah mereka diperkudakan oleh musuh-musuh Islam dan kaum kafir harbi yang sentiasa mengambil kesempatan menuntut itu dan ini dari pemerintah Islam.

Imam an-Nawawi menyatakan; “Adapun keluar daripada mentaati pemerintah dan memeranginya adalah haram dengan Ijmak Muslimin sekalipun mereka itu fasik ataupun zalim…”. Dalam mensyarahkan hadis lain pula an-Nawawi menyebut: Sesungguhnya tidak harus menentang pemerintah hanya sekadar zalim atau fasik selagi mereka tidak mengubah suatu daripada kaedah-kaedah Islam.(Syarh Soheh Muslim oleh an-Nawawi m.s. 540,552/jilid 12) Ad-Dawudi pula menyebut: Yang menjadi pegangan para ulamak mengenai para pemerintah yang zalim ialah sekiranya mereka boleh dipecat tanpa sebarang fitnah dan kezaliman, maka wajib dipecat, jika tidak, maka wajib bersabar.(Fath al-Bari oleh Ibn Hajr al-Asqalani m.s. 498/jilid 14).


Justeru hukum memerangi pemerintah hanya semata-mata kerana dendam, marah dan ketamakan untuk berebut tahta dan kekayaan tanpa mempunyai alasan yang kukuh adalah haram di sisi syariat Allah. Tambahan lagi jika kita tidak mampu membawa kebaikan kepada ummah setelah kepimpinan sedia ada diruntuhkan demi memberi peluang kepada parti kafir harbi seperti DAP memimpin negara. Bahkan berdosa besar menjatuhkan kepimpinan yang terbukti memberikan banyak peluang dan ruang untuk umat Islam beribadah kepada Allah. Justeru, wahai umat Islam berwaspada kamu dengan dakyah kaum kuffar seperti DAP yang sentiasa mahu melihat kepimpinan umat Islam hancur agar mereka dapat menguasai pemerintahan negara dan mengubahnya kepada sistem sekular, liberal lagi kuffur!

PEMBERONTAKAN YANG MENGUNTUNGKAN SI KUFFAR HARBI DAP

Dunia akhir zaman memperlihatkan manusia sering hilang pedoman sehingga mudah menerima fitnah-fitnah sebagai sebuah kebenaran. Manakala kebenaran dianggap dogengan. Hal sedemikian terjadi apabila mereka terlalu ghairah untuk berkuasa sedangkan mereka tidak mempunyai pengalaman mentadbir dan mengurus negara. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w; “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Ketika itu pendusta dibenarkan sedangkan orang yang jujur didustakan, pengkhianat dipercaya sedangkan orang yang amanah dianggap sebagai pengkhianat. Pada saat itu Ruwaibidhah berbicara.” Ada yang bertanya, “Apa yang dimaksud Ruwaibidhah?“. Beliau menjawab, “Orang bodoh yang turut campur dalam urusan masyarakat luas.” (HR. Ibnu Majah)
Manusia fasik bernama Anwar Ibrahim haram dianggap pejuang rakyat kerana tugasnya menghasut dan merosakan syariat Allah. Haram sama sekali kita mengangkatnya ini sebagai pemimpin. Allah s.w.t dalam surah Al Hujurat ayat 6 telah memperingatkan;"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."
                                                                                                                                                            
Kita telah melihat kejatuhan satu per satu pemimpin Arab tumbang di Iraq, Afghanistan, Tunisia, Mesir, Libya dan Yaman akibat kejahatan operasi ketenteraan dan inteligen Barat. Namun kebebasan yang didambakan, kehancuran yang menimpa, reformasi yang diharapkan masih sukar dilaksanakan. Syariat Allah pula semakin dilupakan, sebaliknya semakin banyak kerosakan berlaku terhadap hak akidah dan maruah ummah. Bumi-bumi Anbiya ini digasak supaya meliberalkan akidah mereka. Kaum kuffar dan munafik kini semakin berani menuntut hak mengamalkan seks bebas, bebas untuk murtad dan berani mempersendakan syariat Allah berbanding sebelumnya. Ini adalah contoh demokrasi kuffur yang diidam-idamkan oleh Anwar Ibrahim bersama-sama PKR dan DAP demi memenuhi agenda Dajjal Freemason yang selama ini membiayai gerakan politik mereka!

Para pemimpin di Tunisia, Mesir dan Libya yang menggantikan regim diktator lama semakin hilang punca mengendalikan pergolakan dalam negara. Maka agenda kuasa-kuasa kuffar, zionis dan freemason Barat melihat bumi Islam terus bergolak telah tercapai dan keselamatan Israel tidak terganggu  Dalam masa yang sama segala kekayaan bumi Arab dikaut, umat Islam kekal jadi hamba kepada tuan-tuan besar mereka di Barat. Hakikatnya, lebih 80% perdagangan eksport petroleum dan gas asli rantau Arab dikuasai oleh syarikat-syarikat proksi Yahudi-Barat seperti Shell, ExxonMobile, Chevron, BP dan Total.  Manakala 95% import bahan makanan, jentera, alat perubatan bahkan pakaian dan senjata rantau Arab bergantung penuh dari negara-negara kuffar ini.  

Khatimah

Yahudi dan Nasrani akan terus mengadu domba umat Islam Malaysia agar berpecah belah. Mereka juga terus membiayai pelbagai fahaman sesat seperti ajaran syiah, pluralisma dan gerakan kristianisasi untuk merosakkan akidah ummah demi merealisasikan impian parti kafir harbi DAP mengagalkan daulah Islamiyah dan syariat Allah. Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 120 bermaksud; “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.”      

Semoga Allah mengukuhkan syariatNya di bumi Malaysia dan teraju negara ini terus dipimpin oleh seorang khalifah yang ikhlas beriman dan mencintai Allah serta rakyatnya, bukannya seorang yang rendah moral hingga sanggup menjadi agen Yahudi-Israel laknatullah. Renungi firman Allah s.w.t dalam surah Ali Imran ayat 118 yang bermaksud;“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.”

Tiada hak cipta dalam Islam. Penyalinan semula artikel ini amat dialu-alukan. Semoga usaha anda dapat mengembangkan dakwah Islam dan diredhai Allah SWT. Jika anda ingin bergabung bersama HTM, sila hubungi 03—89201614.

Sebarang pertanyaan dan komen, sila emailkan kepada htm@mykhalifah.com atau layari www.my.khalifah.com

Nasyrah Mingguan

Hizbut Tahrir
MALAYSIA

Malaysia

5 comments:

  1. Salaam tuan kata DAP kafir harbi sedangkan dalam DAP ada juga orang Melayu Islam dan bagaimana pula dengan MCA dan MIC mereka ini tegolong dlm golongan mana....

    Osman Omar
    Shah Alam

    ReplyDelete
  2. Tuan saya bukan membela DAP tapi tolong buktikan bahawa DAP tu kafir harbi bagi mengukuhkan artikel tuan ini.

    ReplyDelete
  3. Kafir dalam Islam ada dua golongan, Kafir zimmi: iaitu kafir yg dibawah pemerintahan islam dan mereka tidak membawa apa2 kemudaratan pada pemerintah/islam. Kedua kafir harbi: iaitu kafir yg terang2 menentang islam.DAP terang2 menentang islam manakala MIC dibawah pengaruh Melayu dan mereka mewakili kaum cina dalam menstabilkan struktur sosial dan pentadbiran negara.

    ReplyDelete
  4. "Akan datang suatu masa dimana para pemimpin saat itu fasik dan sewenang-wenang. Barangsiapa membenarkan kedustaan mereka dan membantu mereka dalam berbuat zalim, maka dia tidak termasuk golongan ku dan aku bukan golongannya. Dia juga tidak akan sampai ke telagaku." [Diriwayatkan oleh Ahmad (5/384), Al-Bazzar (2/293.240) dan Ath-Thabrani Ausath(8491). Al-Haitsami berkata (5/247) salah satu sanad Al-Bazzar para perawinya adalah perawi Ash-Shahih. Begitu juga perawi Ahmad]

    -Adz-Zahabi dalam Al-Kabair tajuk/point ke-16 "Pemimpin penipu dan Penganiaya Rakyat"-

    ReplyDelete
  5. Banyaknya Pembela Pemimpin yang Zalim Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda, Bergegaslah melakukan amal (sebelum datang, pen) enam perkara ( diantaranya – pen): Banyaknya pembela pemimpin zhalim.. (HR. Ath- Thabrani) Ka'ab bin Ujrah radhiyallahu anhu berkata bhw Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga. (HR. Tirmidzi, an-Nasa’i dan al-Hakim) Dari Ummu Salamah radhiyallahu anha bahwa Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda: Nanti akan ada penguasa; Kamu sekalian mengenalnya, tetapi kamu mengingkarinya. Barangsiapa yang membencinya, maka ia akan bebas; barangsiapa yang mengingkarinya dia akan selamat, tetapi mreka ada juga pengikutnya. ( HR. Muslim dan Abu Dawud) Para pemimpin zalim yang berdusta dan berbuat aniaya, sudahkah ia berada di tengah-tengah kita? Pemimpin-pemimpin seperti ini tetap banyak pengikutnya, dan pasti ada yang membelanya. Bencilah dan hindarilah ia, maka kamu akan selamat. Syaikh Al-Albani berkata : Benarlah apa yang disbdkn oleh Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam , bahwa umat Islam pada zaman sekarang – kecuali sedikit di antara mereka - tatkala mereka tidak berpegang teguh dengan kitab Allah dan Sunnah Nabi Shallallahu alaihi wa sallam mereka tersesat dan hina, yang demikian itu karena mereka berpegang kepada pendapat pemimpin mereka. Tatkala terjadi perselisihan, pendirian mereka pada dasarnya kembali kepada pemimpin mereka, jika ada ayat yang cocok, mereka ambil, jika tidak, mereka tolak.

    ReplyDelete