Monday 21 April 2014

ANWAR MOHON MAAF KEPADA NAJIB, APA SUDAH JADI?


Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini yang Ketua Umumnya Anwar Ibrahim, menyatakan rasa kesal dan menarik balik tuduhan parti itu sebelum ini yang mendakwa FELDA yang berada di bawah pentadbiran DS Najib pernah menghantar minyak atau menjalankan sebarang perniagaan dengan negara Israel atau mana-mana syarikat milik Israel.
“PKR telah menyatakan rasa kesal dengan dua artikel yang ditulis dan dicetak itu yang merujuk kepada Felda. PKR juga mengakui dan menerima bahawa Felda IFFCO Oil Product Sdn Bhd telah pada Mac 2010 mengantar minyak mentah ke Palestin dan bukan Israel serta mengakui bahawa Felda tidak pernah menjual minyak mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel.
“Untuk makluman, pada tahun 2012 akhbar milik PKR, Suara Keadilan telah mencetak dan menerbitkan dua artikel yang bertajuk ‘Dua Ribu Himpun Bantah Felda Jual Minyak Ke Israel dan BN Jangan Tipu Rakyat’ pada edisi Suara Keadilan bertarikh 27 November yang menuduh Felda menjual minyak mentah kepada Israel.
“PKR juga telah menarik balik segala imputasi yang telah dibuat dan akan dibuat oleh artikel berhubung perkara tersebut yang telah diterbitkan di dalam Suara Keadilan pada 27 November 2012 yang lalu,” kata Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun kepada UMNO-Online hari ini.
Mohd Hafarizam, peguam yang mewakili FELDA berkata penghakiman persetujuan telah dicapai di antara FELDA dan pihak PKR yang diwakili Setiausaha Agung parti itu, Datuk Saifuddin Nasution, yang bersetuju dengan terma-termanya, membawa kepada pengakuan kesal PKR, mengakui dan menerima bahawa Felda tidak pernah menghantar minyak mentah kepada Israel sebaliknya ia dihantar kepada Palestin.
“Dengan adanya penghakiman persetujuan hari ini maka ia jelas membuktikan bahawa segala tuduhan terhadap Felda berhubung penjualan minyak kepada Israel hanyalah semata-mata fitnah yang dilakukan pembangkang dan akhbar-akhbar milik pembangkang,” tegasnya.
Namun begitu, Mohd Hafarizam menambah saman malu FELDA terhadap enam lagi defendan iaitu Mazlan Aliman, Datuk Mustapha Ali, Ahmad Lutfi Osman, Taufik Yahya, Mohamad Arif Atan, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, yang mana keenam-enam defendan ini merupakan ahli Pas dan juga pemegang jawatan di dalam parti Pas, penerbit kepada akhbar Harakah,ketua pengarang dan juga pencetak akan tetap diteruskan.
“Dan hakim hari ini juga telah menetapkan tarikh 30 April ini sebagai hari keputusan berhubung saman malu FELDA terhadap keenam-enam defendan tersebut.
“Bagimanapun setakat ini PAS dan Harakah masih lagi senyap membisu seribu bahasa dan kita ternyata-tanya apakah kedudukan dan keputusan yang akan mereka ambil disebabkan keputusan penghakiman hari ini, di mana rakan sekutunya PKR telah menyatakan rasa kesal serta mengakui bahawa FELDA tidak pernah menjalankan sebarang urus niaga dengan negara Israel atau mana-mana syarikat milik negara tersebut,” katanya.
Pada Disember 2012, Berita Harian melaporkan Presiden Persatuan Anak Peneroka FELDA (ANAK), Mazlan Aliman, akhbar Harakah dan Suara Keadilan diberi tempoh 14 hari untuk menarik balik kenyataan fitnah terhadap FELDA, yang dituduh menjual minyak sawit kepada Israel.
Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Samad, berkata notis tuntutan berkenaan sudah dihantar kepada pihak terbabit menerusi peguam Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.
Beliau berkata, tindakan sama juga diambil terhadap PKR yang bertanggungjawab menerbitkan Suara Keadilan.
“Tuduhan fitnah ini menjatuhkan imej FELDA sebagai konglomerat antarabangsa. Jika mereka gagal berbuat demikian, FELDA akan mengarahkan peguam meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka selepas tamat tempoh 14 hari yang diberikan ini,” katanya.
Isa merujuk kepada laporan muka depan akhbar Suara Keadilan pada 27 November 2012 yang bertajuk ‘Najib Mesra Israel’ dan muka depan akhbar Harakah milik PAS, bertajuk ‘Minyak Sawit Jual Ke Israel’ diterbitkan pada 26 hingga 29 November 2012.
Sementara itu, pada 20 Mac lalu, Mahkamah Tinggi telah mengarahkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Musatafa Ali membayar ganti rugi RM200,000 kepada bekas timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Omar.
Selain ganti rugi, Mohamad dan Mustafa juga diarahkan membayar kos sebanyak RM50,000 kepada Wan Ahmad.
Wan Ahmad sebelum ini memfailkan saman fitnah terhadap Mohamad dan Mustafa kerana merujuk beliau sebagai dalang konspirasi memberikan kad pengenalan untuk membolehkan Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya di Sabah.
Dalam pernyataan tuntutan yang difailkan pada 5 Mac, Wan Ahmad telah menamakan Mat Sabu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd, ketua editornya Ahmad Lutfi Othman dan penulis yang Aziz Muda sebagai defendan.
Tajuk : (Anwar( merujuk kepada (PKR) diketuainya. (Najib) merujuk kepada (FELDA) yang dibawah pentadbirannya.

0 comments:

Post a Comment