Hudud: DAP tetap tidak sokong tindakan Kelantan
SHAH ALAM - Ahli Parlimen DAP tetap tidak akan menyokong usaha Kelantan
memohon Parlimen meluluskan undang-undang bagi memberikan kebenaran
kepada negeri itu melaksanakan hudud.
Ahli Parlimen Bukit Gelugur, Karpal Singh berkata, mengikut perlembagaan, Parlimen tidak boleh meluluskan pelaksanaan ini.
Menurutnya, Dun Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk mendapatkan kelulusan enakmen ini dari pada Parlimen.
"38 Ahli Parlimen DAP tidak boleh menyokong usaha Pas ini atas dasar kepentingan negara.
"Saya telah berkata berkali-kali, dan saya ulangi, Parlimen tidak boleh meluluskan pelaksanaan ini," katanya.
Beliau berkata, dalam isu ini Umno dan Pas seperti mahu mencari sokongan politik bagi merealisasikan hudud.
"Ini berdasarkan kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang menegaskan Pas akan mendapatkan sokongan Parlimen untuk merealisasi hudud di negeri tersebut.
"Ia disokong oleh kenyataan Datuk Seri Mustapa Mohamed menegaskan Ahli Parlimen Umno dari Kelantan menyokong usaha itu," katanya.
Katanya, walaupun Parlimen meluluskan hudud sebagai undang-undang jenayah yang terpakai bagi seluruh negara atau negeri yang seperti Kelantan, ia bermakna Parlimen telah bertindak tanpa mengikut perlembagaan.
"Jika ini berlaku, bermakna undang-undang akan memusnahkan salah satu struktur asas perlembagaan," katanya.

Perintah wajib dlm Islam ni,
ReplyDeleteTak dilaksanakan sahaja dah jadi zalim.
Kalau sengaja enggan ditaati atau ditolak, boleh jadi kufur.
Kalau diabaikan, tak peduli, tak kisah atau berkecuali, tak sokong, boleh jadi fasik.
Jika rasa ada kekurangan, kelemahan dlm draf yg dikemukakan, eloklah dimuzakarahkan dan ditambahbaikkan, jgn terus ditolak Hudud K'tan ni, boleh merbahayakan aqidah sendiri.