Taklimat MH370: PR dakwa menteri 'lari'
- Azmin Ali
Menurut Azmin, perkara ini jelas terbukti apabila pada asalnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berjanji untuk mengadakan pertemuan antara Hishammuddin dan Ahli Parlimen PR bagi membincangkan perkara tersebut malam ini, namun sebaliknya berlaku.
"Semalam Shahidan berjanji untuk mengadakan pertemuan bersama Ahli Parlimen PR malam ini.
"Namun pagi ini kami dapat maklumat bahawa Hishammuddin telah ke Hawaii untuk menghadiri satu mesyuarat dengan Markas Pasifik Amerika Syarikat berkenaan isu MH370.
"Ini bermakna Hishammuddin seolah-olah cuba 'melarikan diri' untuk mengadakan pertemuan dangan pimpinan PR," katanya ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada taklimat tersebut akan tetap berlangsung atau tidak seperti yang dijadualkan.
Dalam perkembangan sama, Azmin turut menjelaskan banyak percanggahan maklumat yang berlaku antara kenyataan Shahidan dan Hishammuddin dalam isu MH370 ini termasuklah untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan diRaja (RCI) bagi menyiasat secara menyeluruh tragedi MH370.
"Shahidan kata akan ditubuh RCI selepas kotak hitam ditemui, tetapi keesokkannya Hishammuddin menjelaskan pula RCI tidak akan ditubuhkan sekiranya kotak hitam ditemui.
"Jadi di situ kita lihat banyak percanggahan maklumat berlaku.
"Oleh itu, bagi kami pemimpin BN perlu memberi kenyataan yang selari dan bertanggungkawab untuk mengembalikan keyakinan rakyat," katanya.
Hishammuddin mulai bermesyuarat di Hawaii hari ini hingga 3 April.
Mesyuarat akan dikendalikan oleh Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Chuck Hagel.
0 comments:
Post a Comment