Friday, 11 April 2014

MH370 : PERBANDINGAN ANWAR vs HISHAMMUDDIN KETIKA BERDEPAN MEDIA


TRAGEDI MH370 kini menjadi satu lembaran sejarah yang paling tragis dalam dunia moden hari ini, khususnya kepada negara kita, apatah lagi tragedi ini melibatkan pesawat negara kita dan juga penumpang negara kita, dan negara lain.

Saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang pemerhatian saya ketika DS Hishammuddin Tun Hussien (DS Hishammuddin) berhadapan dengan ratusan wartawan dan media dalam serta luar negara. Perkara ini penting kerana ianya berkaitan masa hadapan negara kita.

Di hadapan ratusan wartawan dalam dan luar negara, di hadapan percikan cahaya kamera, sportlight yang sudah pasti panas, soalan bertubi-tubi, soalan provokasi, mikrofon, stesen-stesen TV dan radio antarabangsa, ketika berjuta-juta dunia menghala ke arah anda. Cuba bertanya adakah anda mempunyai kekuatan minda, kekuatan stamina dan kekuatan kenegaraan selama lebih 30 hari, hampir setiap hari, untuk berhadapan kondisi ini.

Dalam kalangan wartawan senior, anda mungkin tidak mengetahui bahawa dahulu ada seorang bekas Menteri apabila anda hendak mengemukakan soalan anda mesti menyediakan skrip soalan terlebih dahulu, tidak boleh menyoal soalan yang sukar, sebaliknya hendaklah soalan yang senang dan memberikan berita yang baik, malah khabarnya kaki anda akan dipijak sekiranya anda cuba menyoal soalan yang boleh menjatuhkan imejnya. 

Malahan, jika anda menyoal perkara yang membangkitkan kemarahannya, anda akan dimarahi, sebab itulah ada yang keluar perkataan, "jika you ulang, i saman". Sebenarnya, ugutan-ugutan seperti ini sangat-sangat tidak demokratik kepada wartawan dan rakyat. Tatkala anda bercakap tentang kompeten, transperancy dan keterbukaan sebaliknya anda diugut dengan saman menyaman. 

Berbeza dengan DS Hishammuddin, apabila seorang wartawan luar negara bertanya, "adakah Menteri sepupu kepada DS Najib?". DS Hishammuddin tidak menengking wartawan itu dan tidak juga mengugut untuk menyamannya, sebaliknya beliau menjawab dengan tenang. Satu Malaysia tahu DS Najib adalah bersepupu dengan DS Hishammuddin sejak dahulu lagi. Akhirnya wartawan itu memalukan dirinya sendiri. 

Di Malaysia, anda tidak akan bertanya kenapa DS Anwar, Nurul Izzah dan isterinya Dr. Wan Azizah sekaligus menjadi wakil rakyat? Ramai orang berkata macam tidak ada orang lain? Baca ulangan di sini . Siapakah yang menuduh kerajaan KKN (Kronisme, Korupsi, Nepotisme)? Dan siapakah kini yang mengamalkan KKN?

Bahasa Inggeris
Perkara kedua ialah penggunaan bahasa Inggeris DS Hishammuddin lebih lembut dan lancar berbanding seorang bekas Menteri yang berpengaruh itu. Keupayaan menggunakan bahasa Inggeris, memahami laras-laras bahasa seperti bahasa Diplomasi, bahasa Politik, bahasa Provokasi dan sebagainya akan memberi mesej yang jelas. Dalam hal ini, DS Hishammuddin berjaya menguasai kehendak para wartawan, walaupun terdapat wartawan yang mengemuka soalan yang belum ada jawapan. Contohnya, apakah perbualan di dalam kotak hitam itu? 

Namun, kepada saya, kekuatan DS Hishammuddin sebenarnya terletak kepada keikhlasannya, kejujuran dan keberanian. Beliau memberi maklumat yang sama kepada keluarga pesawat, wartawan, pemimpin kerajaan dan pembangkang, pemimpin luar negara dan tidak menyembunyikan maklumat-maklumat penting.  

Bayangkan, ketika beliau sedang membuat press conference di atas pentas, tiba-tiba beliau dihulurkan sekeping kertas bertulis tangan mengenai maklumat terbaharu, beliau tidak membuang masa terus membaca maklumat itu malah menunjukkannya kepada para wartawan yang dahagakan berita eksklusif.

Ketika DS Hishammuddin berkejar ke Hawai untuk mewakili negara dalam persidangan antarabangsa Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN, juga pertemuan dengan Menteri-Menteri Pertahanan daripada kuasa-kuasa besar, hasilnya kita berjaya mendapatkan bantuan berharga daripada kerajaan Amerika dan Britain dalam usaha SAR di Lautan Hindi. Adakah anda berfikir cukup dengan menelefon dan menghantar sms untuk memohon bantuan kepakaran kuasa-kuasa besar itu? Diplomasi pertemuan DS Hishammuddin di Hawai tempoh hari ternyata membuahkan hasil, bukan untuk dirinya, tetapi untuk pesawat MH370 dan negara kita.

Oleh yang demikian, tidaklah mengejutkan kepada saya apabila rata-rata rakyat termasuklah penyokong pembangkang mula memerhatikan potensi beliau. Bagaimana pula pandangan anda?

Selamat Membaca. 
Selamat Berhari Jumaat.

#PrayForMH370
#DoaUntukMH370
#MH370 

SUMBER



0 comments:

Post a Comment