Tuesday 1 April 2014

DEWAN RAKYAT MESTI SEGERA ISYTIHAR PARLIMEN PERMATANG PAUH & BUKIT GELUGOR KOSONG KATA KARPAL SINGH


Ahli parlimen DAP Bukit Gelugur, Karpal Singh, 74, mendakwa beliau dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 67, telah hilang kelayakan sebagai ahli parlimen di Dewan Rakyat atas kesalahan yang berbeza di mahkamah.
Karpal dilaporkan FMT berkata berdasarkan perkara 53 Perlembagaan Persekutuan, beliau dan Anwar telah hilang kelayakan untuk berada di Dewan Rakyat.
“Memandangkan sabitan dan hukuman saya dan Anwar, Dewan Rakyat perlu bertindak di bawah Perkara 53 (1) Perlembagaan Persekutuan.
“Ini bermakna kedua-dua kami tidak boleh berdiri (sebagai ahli parlimen) hilang kelayakan sehingga mahkamah memutuskan rayuan kami,”katanya.
Karpal Singh pada 11 Mac lalu,dijatuhi hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur selepas didapati bersalah mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak, lima tahun lalu.
Anwar Ibrahim pada 7 Mac lalu,dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.
Menurut Perlembagaan Persekutuan, seseorang Ahli Parlimen itu boleh hilang kelayakannya jika didenda lebih dari RM2,000 atau dihukum penjara lebih dari setahun.
Berdasarkan peruntukan undang-undang itu, Karpal mahu Dewan memberikan kata putus mengenai kedudukan mereka sebagai ahli Parlimen.
Bagaimanapun Timbalan Speaker, Datuk Ismail Mohamed Said dilaporkan bnbbc.my membenarkan Karpal untuk terus berada di dalam Dewan kerana Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia belum mengeluarkan sebarang arahan.
Malah menurut Ismail, kelayakan mereka juga masih kekal selagi mahkamah peringkat tertinggi belum membuat keputusan.
“Jelas di sini Karpal menyedari sebagai ahli parlimen tugasnya adalah pembuat dasar undang-undang namun dalam masa yang sama sebagai peguam, beliau perlu akur dan patuh kepada keputusan badan kehakiman.
“Berbanding dengan Anwar yang langgar semua perundangan malah cuba berlagak menjadi hakim apabila cubaannya untuk menggugurkan ayat di dalam alasan penghakiman gagal baru-baru ini.
“Inilah yang membezakan mentaliti dua identiti tersohor dalam dunia pembangkang,”ulas portal itu.
Pada 29 Mac lalu, Karpal Singh meletak jawatan sebagai Pengerusi DAP sementara menunggu rayuan kes hasutan yang dikenakan terhadapnya selesai.
Timbalan pengerusi parti itu Tan Kok Wai, yang juga Ahli Parlimen Cheras, akan menjadi pemangku pengerusi.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Karpal berkata, beliau tidak dapat memegang jawatan Pengerusi Kebangsaan DAP, sehingga sabitan itu diketepikan atau dikurangkan denda di bawah RM2, 000.
“Dalam keadaan ini, saya secara terbuka mengumumkan bahawa saya, sementara menunggu rayuan saya kepada Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang telah difailkan, saya mengundurkan diri sebagai pengerusi DAP.
“Sementara itu, timbalan pengerusi, Tan Kok Wai, akan bertindak pengerusi,” katanya.
Sementara itu, Anwar pada 29 Mac disahkan bertanding jawatan Presiden PKR berlawan dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Pengesahan pencalonan Anwar dan Azizah diumumkan Pengerusi Jawatan Pemilihan, Datuk Johari Abdul.
Wan Azizah menang tanpa bertanding jawatan itu sejak penubuhan PKR pada 1999.

0 comments:

Post a Comment