Tuesday 15 April 2014

Kisah Sebenar Isu Panda

KISAH SEBENAR ISU PANDA RM25 JUTA

ISU PANDA: FAKTA YANG TELAH DIPUTARBELIT | Acap kali kita mendengar kisah panda sewa yang bernilai RM25 juta yang dijadikan isu oleh pihak pembangkang. Ini penjelasan sebenar kepada permasalahan tersebut.

1. Pakatan Rakyat yang dah ketandusan isu telah menipu rakyat dengan propa murahan picisan kononnya malaysia menyewa panda dengan harga RM 25 juta.

HAKIKAT YANG SEBENAR ialah:

2. Panda itu dihadiahkan china kepada malaysia sebagai SATU tanda simbolik perhubungan pelbagai hala diplomatik antara DUA negara.

3. Kos penjagaan, pemeliharaan dan penyediaan tempat sarang panda yang perlu ditempat suhu sejuk ialah sebanyak RM 2.5 juta setahun bersamaan RM25 juta utk 10 tahun.

4. Kos rm 25 juta tersebut ditaja oleh 1MDB dan kerajaan Malaysia.

5. Simbolik disebalik hadiah panda ini adalah,

A. Malaysia diiktiraf china sebagai satu negara sekutu yang dipercayai dan dihormati china.

B. Malaysia adalah antara beberapa negara sahaja yang mendapat keistimewaan penghormatan seperti ini.

C. Malaysia diiktiraf secara global oleh china dalam perhubungan pelbagai hala dan diplomatik.

Hakikatnya mereka sengaja mencetuskan polemik bagi menghentikan niat kita dalam usaha kita dan hubungan dengan China.

0 comments:

Post a Comment