Dalam mendefinisikan jihad, Ibn Hajar al-Asqalani mengatakan, "Pengerahan tenaga dalam memerangi golongan kafir". Badruddin Al-Aini juga memberikan definisi yang hampir sama iaitu, "Pengerahan tenaga dalam memerangi golongan kafir demi untuk menegakkan kalimah Allah". Antara garis panduan penting dalam jihad ialah jika sesebuah negara mempunyai pemerintah Islam, jihad hendaklah dilakukan di bawah kelolaan atau mandat pemerintah Islam tersebut. Peperangan secara persendirian atau yang dilakukan oleh kelompok-kelompok terpencil yang tidak diberi mandat atau keizinan daripada pemerintah tidak dinamakan sebagai jihad. Ini difahami daripada ayat al-Quran yang menyebut, "Wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)?". (Surah al-Taubah, ayat 38).
Justeru jihad fisabilillah hendaklah dijalankan di bawah arahan pemerintah yang membuat seruan dan pengisytiharan jihad. Hadis Abu Hurairah r.a. juga mengisyaratkan kepada perkara ini, iaitu sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, "Pemerintah adalah perisai yang mana di belakangnya peperangan dilancarkan, dan kepadanya dirujuk (pandangan dan tindakan)", (riwayat Bukhari dan Muslim).
Daripada nas-nas di atas, ulama dari kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah menegaskan bahawa jihad hendaklah dilakukan dengan arahan pemerintah Islam. Antaranya, Imam Ahmad menyatakan, "Dan(hukum) peperangan adalah berterusan bersama-sama dengan para pemerintah sehingga hari kiamat, sama ada pemerintah yang baik atau yang jahat, jihad tidak ditinggalkan".
Segelintir masyarakat Islam pada akhir-akhir ini disebabkan kurang kefahaman dalam hukum-hakam, tersilap dalam memahami istilah jihad sehingga menganggap suatu yang bukan jihad sebagai jihad. Antara kesilapan faham yang berlaku ialah apabila menganggap bahawa penentangan secara fizikal terhadap pemerintah Islam boleh dimasukkan sebagai suatu jihad jika pemerintah tersebut melakukan kezaliman.
Perlu difahami bahawa amar makruf dan nahi mungkar adalah satu kewajipan ke atas setiap orang yang mampu menjalankannya. Tidak terkecuali jika pemerintah atau pemimpin melakukan kesilapan, mereka wajar dan wajib ditegur melalui kaedah-kaedah yang telah digariskan dalam Islam.
Walaupun begitu, amar makruf dan nahi mungkar tidak boleh sampai kepada tahap penentangan secara fizikal terhadap pemerintah yang boleh membawa kepada kemudaratan yang sangat besar jika tidak dikawal. Jika ia dilakukan oleh kelompok-kelompok penentang kerajaan sehingga membawa kepada penentangan bersenjata, maka ia boleh termasuk dalam perbuatan bughah.
Siapa dan apakah Bughah?
Menelusuri keterangan fuqaha dalam mendefinisikan bughah, didapati bahawa terdapat beberapa versi takrifan bughah mengikut perbezaan mazhab yang pelbagai. Namun kesemua definisi bughah adalah merujuk sekitar perbuatan keluar melakukan penentangan terhadap pemerintah yang sah. Sebagai contoh, Ibn ‘Arafah mendefinisikan bughah sebagai, "Mereka yang enggan memberikan ketaatan kepada orang yang sah sebagai pemerintah, (dan ketaatan itu) bukan dalam perkara maksiat, dengan cara memerangi, walaupun ia disebabkan takwil (keraguan)". Dalam mazhab Syafie, Al-Nawawi mendefinisikan bughah sebagai, "Orang yang menyalahi pemerintah bagi kumpulan yang adil, dan keluar daripada ketaatan kepadanya dengan cara enggan melaksanakan kewajipan atau lain-lain dengan syarat-syaratnya".
Walaupun unsur utama dalam menentukan bughah ialah tindakan menentang atau tidak mentaati pemerintah, namun secara praktikalnya istilah bughah tidak boleh dihalakan kepada sesuatu kumpulan kecuali ia mencukupi syarat-syarat untuk dilabel sebagai bughah. Ini kerana istilah bughah merupakan satu istilah yang besar dalam siasah syar'iyyah kerana membawa implikasi yang sangat besar terhadap mereka yang terlibat. Di sana terdapat beberapa ciri-ciri dan syarat untuk melabelkan sesuatu kumpulan sebagai bughah.
Secara ringkas, ciri-ciri dan syarat-syarat tersebut adalah:
a)Kelompok tersebut adalah dari kalangan kaum muslimin.
b)Kelompok tersebut keluar daripada mentaati pemerintah yang sah.
c)Kelompok tersebut mempunyai kekuatan.
d)Kelompok tersebut dipimpin oleh ketua.
e)Kelompok tersebut mempunyai takwilan (kekeliruan/syubhah) dalam tindakannya.
Kaedah menangani golongan bughah
Secara asasnya, kaedah dalam menangani isu bughah jika ia berlaku dalam sesebuah negara ialah sebagaimana difirmankan oleh Allah dalam Al-Quran, "Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah Allah; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil". (Al-Hujurat: 9).
Dalam ayat di atas, Allah Taala mengarahkan supaya dalam menangani kes peperangan antara dua kelompok orang Islam, hendaklah dimulakan dengan perdamaian antara kedua-dua golongan. Jika sekiranya perdamaian tidak membawa hasil dan mereka berterusan dalam memerangi kumpulan Islam lain, maka alternatif seterusnya ialah memerangi kumpulan bughah tersebut. Al-Mawardi mengatakan, "Ayat ini menunjukkan bahawa hendaklah dimulakan dengan sulh (perdamaian) sebelum memerangi mereka".
Para ulama yang membincangkan tentang menangani bughah mengemukakan beberapa kaedah iaitu:
i- Memberi nasihat dan merungkai kekeliruan
Di dalam kitab al-Lubab, "Apabila suatu kumpulan dari kalangan muslimin menguasai suatu negeri, dan keluar daripada ketaatan kepada pemerintah, pemerintah hendaklah menyeru mereka supaya kembali kepada jemaah, dan merungkaikan kekeliruan mereka".
ii- Memberi amaran kepada mereka
Pemerintah hendaklah terlebih dahulu memberi amaran terhadap kumpulan bughah. Sebagaimana Zakaria al-Ansari menyebut, "Dan hendaklah pemerintah kita memulakan secara wajib dengan menghantar orang yang boleh memberi amaran kepada mereka".
iii- Mengisytiharkan peperangan
Jika sekiranya nasihat tidak didengari, dan amaran juga tidak diendahkan, malahan mereka berterusan dengan penentangan terhadap pemerintah dan berterusan menjadi bughah, maka fasa seterusnya ialah mengisytiharkan peperangan terhadap bughah.
Demikian hukuman bagi kelompok bughah yang melakukan penentangan dan keluar daripada mentaati pemerintah. Justeru, adalah amat penting bagi setiap muslim untuk memahami mafhum jihad secara sebenar, dan mengerti perbezaan antara jihad dan bughah. Jangan sampai fadhilat jihad yang dimahukan, tetapi dosa bughah yang tercatat. Jangan sampai mati syahid yang didambakan, tetapi mati Jahiliyyah yang diperoleh. Segala-galanya hendaklah bermula dengan ilmu.
Wallahu A'lam
Sumber ; e-fatwa.gov.my
Very true, Jihad fi sabilillah mestilah atas perintah arahan pemerintah Islam.
ReplyDeleteSoal pemerintah yg tidak melaksanakan Islam sepenuhnya, adalah tanggungannya sendiri di hadapan Allah swt Rabbul Jalil. Dan yg demikian itu tidak melepaskan kita dr kewajipan mentaatinya selagi tidak disuruh pd sesuatu yg memaksiati Allah swt dan RasulNya saw. Kisah Said Bin Jubair terhdp Hajjaj boleh dijadikan iktibar.
Membughat terhdp pemerintah Islam adalah antara kesalahan yg sgt besar, spt melepaskan tali kendali Islam dr dirinya, menghampiri murtad.
Perjuangan membela agama di luar tanah air sendiri pula utk termasuk dlm Jihad fi sabilillah hendaklah atas perintah, kerahan atau saranan dr pemerintah Islam setempat utk memberikan bantuan, dan menjadi tanggungjawab pemerintah setempat bg memastikan perjuangan di luar tanah air itu adalah perjuangan membela, mempertahankan dan meninggikan agama sebenar benarnya.
Harus dibezakan juga antara Syahid dan Jihad. Org yg berjihad dan gugur terkorban mk mrk itu syahid, tp org yg syahid tidak semestinya org yg berjihad.
Thats my understanding as ASWJ.
Kerajaan Najib Ah Jib Gor Haram jadah, Kerajaan Jahanam Celaka Memeras Darah Rakyat..
ReplyDeleteKerajaan Najib Ah Jib Gor Buat Bisness Melalui 1MDB RUGIIIII. Yang terpaksa tanggung adalah Rakyat...
Kurangkan subsidi Minyak Klentong Rakyat..Minyak Dunia Turun. Kenakan GST, Naikkan Tarif Elektrik, sebab 1MDB niaga elektrik
Kerajaan Najib Gor Takut BINI ROSMAH.. 30%, RUGI RUGI RUGI..RAKYAT TANGGUNG TANGGUNG TANGGUNG...