HARI PENENTUAN, KEADILAN KEPADA SAIFUL |
Saudara-saudari semua,
Hari ini 5 November 2014 akan menjadi saksi ke atas seorang pelakon yang sangat kejam kerana telah melakukan banyak kerosakan kepada orang-orang lain sebelum saya sendiri. Anwar Ibrahim yang anda lihat alim itu, sebenarnya adalah seorang manusia yang sakit jiwa raganya.
Saudara-saudari, Insyaallah hari ini dia akan menerima akibatnya setelah melakukan perbuatan terkutuk ke atas diri saya tanpa kerelaan saya, malah sebelum saya berapa ramai isteri-isteri yang bercerai kehilangan suami angkara manusia jijik ini, berapa ramai yang telah dia liwat dan dia terepas kerana dia kaya mampu mengupah peguam-peguam termahal.
Sesungguhnya Anwar Ibrahim hanyalah manusia biasa yang menggunakan kedudukan dan kekayaannya untuk memuaskan hawa nafsunya. Namun, sesungguhnya Allah SWT Maha Adil, pada hari ini Keadilan akan ditunjukkan. Mudah-udahan penderitaan semua mangsa-mangsa liwat yang lalu Azizan, Sukma, Munawar dan isteri-isteri yang menderita akan terjawab pada hari ini.
Kepada Anwar Ibrahim, bertaubatlah kamu kepada Allah SWT kerana sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun. Berhentilah daripada memperbodoh-bodohkan rakyat Malaysia, berhentilah daripada berlakon, berhentilah daripada merosakkan negara, merosakkan rumahtangga orang dan merosakkan agama Islam.
Walaupun kamu kaya-raya, anak-anak dan isteri kaya-raya tetapi kamu tidak boleh membeli semua sekelip mata. Sesungguhnya keadilan tidak boleh dibeli kerana ianya milik Allah SWT.
Kepada seluruh rakyat Malaysia, marilah kita menutup cerita ini supaya menjadi pengajaran kepada generasi akan datang, supaya janganlah muncul lagi seorang pemimpin sepertinya lagi dalam negara kita ini. Benarlah kata mendiang Karpal Singh bahawa Anwar Ibrahim telah membuat sangat banyak kerosakan kepada negara, semoga penjara Sg Buloh nanti menjadi tempat bertaubat yang terbaik kepadanya.
Mohd. Saiful Bukhari
Kuala Lumpur, 0730am, 4 November 2014.
-----------------------------------------------------------------------------------------
*Warkah di atas kiriman emel.
0 comments:
Post a Comment