Monday, 21 May 2012

Kota Bharu Serambi Maksiat

Tujuh GRO Thai dicekup
Tujuh GRO Thai dicekup
Polis turut memeriksa premis berkenaan yang digunakan sebagai pusat karaoke dengan menyediakan perkhidmatan GRO untuk menarik pelanggan.
KOTA BHARU- Taktik licik sepasang suami isteri warga tempatan, yang menggunakan restoran sebagai pusat karaoke dengan menyediakan perkhidmatan gadis pelayan pelanggan (GRO) berjaya dipatahkan, dalam serbuan di Kota Kubang Labu, Pasir Pekan, malam kelmarin.
Operasi yang disertai sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) itu turut berjaya menahan tujuh wanita warga Thailand yang bekerja di premis itu.
Jurucakap polis berkata, operasi dilakukan hasil maklumat awam dan risikan yang dilakukan di kawasan terbabit.
“Semasa kami melakukan serbuan di premis itu, beberapa GRO yang berpakaian seksi sedang melayan pelanggan sambil menikmati minuman keras dan berkaraoke di bangunan dua tingkat itu.
“Dalam operasi ini kita dapati, tujuh wanita terbabit menyalahgunakan pas lawatan sosial mereka untuk bekerja sebagai GRO dan dibayar upah selepas melayan pelanggan di premis itu,” katanya.
Beliau berkata, premis itu pernah diserbu pada 11 Mei lalu, dan tiga GRO berjaya ditahan, namun peniaga terbabit masih degil dan menjalankan aktiviti terbabit.
“Ekoran kedegilan mereka itu, kita bertindak di atas maklumat berkenaan dan dalam serbuan ini, kita turut merampas set karaoke termasuk televisyen, sebuah komputer, pembesar suara, selain cakera padat yang kesemuanya bernilai RM 5,000.
“Pasangan suami isteri terbabit turut ditahan kerana mengupah GRO itu tanpa permit yang sah di bawah akta imigresen. Kesemua yang ditahan termasuk tujuh wanita itu akan disoal siasat, sebelum dibicarakan di mahkamah dan diambil tindakan selanjutnya,” katanya.

1 comments:

  1. Salam..saya adalah anak kg dalam kota kubang labu,rasanya lokasi seperti gambar di atas tiada di kg saya,dan jika ianya berlaku,mestilah dah jadi tajuk hot kg...tp ada berita mcm ni pun...mungkin ianya sekitar wakaf bharu,ramai peniaga cina kat sana.

    ReplyDelete