14:07
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan
pemberian RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka Felda seluruh negara.
Beliau mengumumkan perkara berkenaan di hadapan ribuan warga peneroka
Felda di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8,
Jerantut, Pahang.
Pemberian tersebut merupakan satu insentif bagi penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH).
Menurut Najib, dengan penyenarian FGVH, sejumlah RM1.689 bilion akan diagihkan kepada kira-kira 112,000 peneroka.
Wang tersebut akan diagihkan dalam tiga peringkat - masing-masing RM5, 000.
Peringkat pertama, katanya, adalah bayaran RM5,000 kepada ketua
isirumah, diikuti RM5,000 kepada isteri dan bayaran terakhir RM5,000
kepada anak-anak mereka.
Langkah tersebut dilihat bertujuan
untuk menyenangkan hati semua segmen masyarakat Felda, khususnya
generasi kedua - yang menjadi tumpuan kedua-dua pihak kerajaan dan
pembangkang untuk mendapatkan sokongan.
Dalam pengumuman itu
yang disiarkan secara langsung di televisyen nasional, Najib mengambil
sikap yang berbeza daripada kelazimanya, dengan mengecam pembangkang dan
pengkritik rancangan penyenaraian FGVH, di hadapan ribuan peneroka
Felda, yang menjadi lubuk undi untuk BN.
Katanya, beliau mahu
melihat muka mereka (pengkritik) sama ada mereka akan menerima durian
runtuh itu atau tidak, sambil menegaskan bahawa pemberian itu adalah
untuk peneroka yang "jujur dan setia kepada kita".
Bonus tambahan kakitangan Felda
Selain mengumumkan pemberian durian runtuh RM15,000 kepada setiap
keluarga peneroka, perdana menteri turut mengumumkan kejutan dua
setengah bulan bonus tambahan kepada semua kakitangan Felda.
Tegasnya, kakitangan Felda tidak dilupakan - dari pihak pengurusan
atasan kepada kakitangan bawah - semua akan menerima bonus tambahan di
atas bonus tahunan yang mereka telah terima.
Antara faedah
lain untuk peneroka termasuklah peruntukan 20 peratus saham FGVH ke
dalam dana amanah yang mana dividennya akan dibayar kepada peneroka jika
terdapat keuntungan
0 comments:
Post a Comment