Tuesday, 29 May 2012

Lebuhraya PilihanRaya


MACHANG- Kerajaan Negeri Kelantan menegaskan pembinaan Lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu bukan berniat untuk mencabar mana-mana pihak.

Pengerusi Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, keperluan mendesak ini tidak lagi dijadikan tukaran berdasarkan ihsan dan ditimbangkan melalui keperluan sebenar.

“Usaha ini perlu dilihat dari sudut positif, ia tidak berniat mencabar mana-mana pihak melainkan berusaha melaksanakan apa yang diperlukan supaya semangat bersaing memberikan perkhidmatan utama dapat diwujudkan,” katanya demikian semasa berucap di Majlis Perasmian Pembinaan Lebuh raya Kota Bharu- Kuala Krai yang disempurnakanMenteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Felda Berangan Meknab, Machang, semalam.

Sebelum ini, Umno Negeri mengkritik usaha Kerajaan Negeri membina lebuh raya terbabit yang disifatkan retorik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, pihaknya mendapat banyak permohonan dan melakukan dua saringan dengan hasrat kontraktor dapat melaksanakan pembinaan seperti yang dirancang.

“Pada akhirnya dua syarikat dipilih iaitu Menta Costruction bagi pakej yang pertama dan Temokon Villa untuk pakej kedua.

Pakej pertama dimulakan dahulu memandangkan adanya sejumlah tanah Kerajaan Negeri dan proses pengambilan semua tanah tidak perlu dilakukan, pengambilan balik tanah selebihnya akan dilakukan serentak selepas ini,” katanya.

Husam berkata, panjang asal lebuh raya dua hala dari Kota Bharu ke Dusun Damar di Kuala Krai sejauh 73 kilometer.

Namun, selepas penelitian dibuat jawatankuasa teknikal mencadangkan kajian semua penyuraian trafik dibuat bermula dari Nilam Puri ke Kota Bharu.

“Kaedah pembiayaan kewangan yang digunakan bagi pelaksanaan pembinaan lebuh raya ini adalah melalui pembayaran tertangguh dengan pembayaran balik disusun untuk tempoh 25 tahun,” katanya.

Mengulas mengenai cadangan wakaf, Husam berkata, pihaknya mencadangkan ia diletakkan langsung di bawah Kerajaan Negeri sama ada tabung Serambi Mekah atau akaun khas yang difikirkan sesuai.

“Ini bukan bermakna bayaran kepada kontraktor bergantung pada kutipan wakaf tetapi penglibatan rakyat perlu dilakukan,” katanya.

Dalam pada itu, sumber Kerajaan Negeri mengesahkan sehingga semalam, hampir sebanyak RM1.4 juta derma dikutip melibatkan cek bernilai RM1,355,000 manakala RM14,777 diberi secara tunai.

0 comments:

Post a Comment