Monday 14 May 2012

Ditahan berjudi jerami batu


ROSMIZA KASIM
14 Mei 2012
Ditahan berjudi jerami batu
Mereka yang ditahan di bawa ke IPD Tumpat untuk siasatan lanjut.
KOTA BHARU - Polis Kelantan menahan empat lelaki yang bermain judi jerami batu dalam serbuan di sebuah hotel di Kampung Kebakat, Wakaf Bharu di sini, malam kelmarin.

Lelaki yang berusia antara 34 hingga 35 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dalam Ops Noda kira-kira jam 11.45 malam.

Ketua Operasi, Inspektor Muadzam Shaaban berkata, ketika serbuan empat lelaki terbabit yang merupakan penduduk tempatan asyik berjudi di dalam sebuah bilik di tingkat bawah hotel berkenaan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di dalam bilik tersebut, polis turut menemui satu set jerami batu bersama wang tunai RM150 yang dipercayai hasil perjudian terbabit.

“Kita merampas dua meja bersama empat kerusi yang digunakan semasa berjudi dan mengambil set judi jerami dipercayai dibawa oleh kumpulan terbabit.

“Empat lelaki terbabit dipercayai menginap di hotel berkenaan dan disyaki sudah lama menjalankan kegiatan tersebut,” katanya ketika ditemui malam kelmarin.

Katanya, serbuan itu dilakukan selepas polis melakukan intipan tiga hari di kawasan tersebut berdasarkan maklumat yang diterima dan ianya berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak.

Menurutnya, empat lelaki terbabit kemudian diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)Tumpat untuk tindakan lanjut dan pemilik hotel terbabit tidak ditahan ketika serbuan.

Difahamkan, kumpulan terbabit menggunakan kertas pelapik yang tebal untuk mengelak daripada bising dan disedari oleh penghuni lain.

0 comments:

Post a Comment