Thursday, 24 May 2012

Islam dari Nik Aziz sama dengan Arab - Duta Jepun



Salmah Mat Husain, 24 Mei 2012

(Duta Jepun ke Malaysia, Shigeru Nakamura, menandatangani buku pelawat dengan diperhatikan Menteri Besar dan Husam)

KOTA BHARU: Duta Jepun ke Malaysia Shigeru Nakamura, mengakui menerima penerangan yang sama berhubung Islam dari Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin Islam di Arab Saudi.

Katanya, sewaktu menjadi duta ke Saudi sebelum ini, beliau pernah diberi penerangan oleh pemimpin Islam di negara itu bahawa Islam bukan agama kekerasan sebagaimana yang didakwa oleh pihak tertentu.

Beliau berkata demikian ketika mendengar penjelasan Tuan Guru Nik Aziz di pejabat Menteri Besar itu dalam lawatan rasminya pagi tadi.

“Penjelasan tuan yang mendakwa Islam bukan agama ganas, sama sebagaimana yang pernah diterangkan oleh pemimpin Arab sewaktu saya mengunjungi mereka ketika menjadi duta di sana,”ujarnya.

Terdahulu Tuan Guru berkata orang Eropah begitu bermusuh dengan Islam sehingga membuat fitnah Islam agama ganas dan lain-lain lagi dengan tuduhan yang tidak benar.

Tuan Guru turut menjelaskan umat Islam mesti berpegang teguh pada ajarannya apa lagi sebagai seorang pemimpin.

“Kerana berpegang teguh pada ajaran itu, alhamdulillah syukur setakat ini tiada lagi pemimpin dan pegawai kerajaan negeri yang ditangkap kerana rasuah,”ujarnya.

Pada masa yang sama Duta Jepun itu juga turut mengakui hubungan antara negaranya dengan Malaysia begitu harmoni.

Sambungnya, ianya merangkumi kerjasama yang melibatkan pendidikan, budaya dan lain-lain.

Pada masa yang sama beliau yang hadir bersama isterinya memuji kraftangan rakyat Kelantan begitu cantik dan halus terutama sekali batek.

Selama tiga hari negeri ini, mereka dibawa melawat Pantai Kuala Pak Amat tempat pendaratan tentera Jepun, beberapa buah muzium dan lain-lain lagi.

Turut hadir dalam pertemuan itu Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa dan Setiausaha Sulit Khas Menteri Besar, Rusdi Abdullah.





 JEPUN NI MUNGKIN XTAHU KE BETAPA RAKYAT KELANTAN  MENDERITA MASALAH AIR , MASALAH PENANGGURAN , MASALAH PAS MENGGUNAKAN ISLAM UNTUK POLITIK..HAIYAA, JEPUN PUN SUDAH KENA TIPU SAMA NIK AZIZ.





 

0 comments:

Post a Comment