INSIDEN di Lahad Datu telah mengambil masa yang cukup lama. Kerajaan berusaha berdiplomasi dengan berada di tahap kesabaran yang sangat tinggi, memberi peluang yang sangat besar dan meneruskan rundingan dengan baik dengan harapan penceroboh ini segera kembali ke tempat mereka di Kepulauan Sulu di sana.
Namun, mereka tidak memberi perhatian serius kepada tawaran kerajaan. Rakyat Malaysia rata-rata caca-merba dengan pelbagai pertanyaan. Antaranya mereka bertanya mengapa Angkatan Tentera Malaysia tidak mengambil alih operasi tersebut dari Pasukan Polis.
BERSIAP SEDIA
Bagi kita, penggunaan ketenteraan adalah pilihan terakhir. Jika pihak Tentera "take over" operasi ini, maka mereka anggota tentera memiliki Ketaatan yang sangat tinggi kepada arahan tertinggi. Bahasa-bahasa rundingan akan bertukar kepada bahasa-bahasa yang lebih berat, seperti Rundingan bertukar kepada Arahan, Bincang bertukar kepada Hapuskan, istilah Penjenayah bertukar kepada Penceroboh, dan sebagainya.
Jika mereka melakukan hal ini di Singapura, China dan Amerika beberapa contoh, mereka akan dihapuskan sekelip mata. Tiada kompromi kerana menceroboh negara dan ia melibatkan kedaulatan negara. Malah di negara asal mereka pun menghadapi serangan besar-besaran dari tentera Filipina.
HARAPAN RAKYAT MALAYSIA DI SABAH
Saya rasa, Inilah perkara yang menjadi pertimbangan pihak kita. Namun, selepas kematian melibatkan pasukan keselamatan negara kita, malah ketenteraman awam diperjudikan di Lahad Datu, Kunak dan Semporna. Maka kerajaan sudah tiada pilihan. Penceroboh mesti dihapuskan demi keselamatan rakyat. Kredit To http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/03/komando-tentera-kita-sudah-bersedia.html?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed&m=1
Monday, 4 March 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment