Tuesday 5 March 2013

Update Lahad Datu: Adakah SMS di bawah ini membuktikan siapa dalang pencerobohan yang sebenar?!!



Di atas adalah SMS yang tersebar di Sabah ketika ini. Terima kasih kepada beliabangkit.blogspot.com kerana sempat menyimpan bukti penting ini sebagai tatapan rakyat Malaysia.

Adakah ini berkaitan dengan janji regim parti-parti pembangkang yang akan memberikan Sabah autonomi sekiranya mereka berjaya ke Putrajaya?!! Jika mereka begitu sayangkan Malaysia, mengapa mereka menghasut bangsa Sulu Sabah untuk menentang Kerajaan?!! Dan mengapa mereka mahu melihat Malaysia itu sendiri berpecah belah jika mereka diberikan kuasa?!!

Ingat lagi Bersih 2, Bersih 3 dan Himpunan Kebangkitan Satu Juta?!! Semuanya mendapat dana daripada CIA bagi mengimport Arab Spring ke sini, namun Allah SWT Maha Kuasa, semuanya menemui jalan kegagalan. Dan dek kerana mereka gagal membangkitkan kebencian rakyat untuk menumbangkan Kerajaan BN yang tegar membela orang Islam, maka mereka mengupah pula rakyat asing untuk membuat kekacauan di negara ini bagi mewujudkan kegelisahan dan perpecahan di kalangan rakyat!

Apa yang penting, BN tidak boleh dibiarkan selalu berada dalam zon Fell Good Factor rakyat! Maka sebelum PRU inilah masa yang terbaik bagi mengalih tumpuan rakyat dan menjadikan semua usaha PM selama ini tampak sia-sia.

Tapi, apa yang mereka dan TUAN orang putih mereka GAGAL nampak adalah, majoriti rakyat Malaysia ini adalah pemerhati senyap yang bijak berfikir. Adalah menjadi satu kesilapan yang bodoh jika mereka menyamaratakan sikap jumud penyokong mereka ke atas semua rakyat Malaysia! Kini rakyat Malaysia semakin jelas melihat siapa dalang sebenar yang mahu memporak perandakan negara ini semata-mata kerana nafsu serakah sesetengah pihak yang ingin berkuasa!

Apabila tiba masanya nanti, ayuh rakyat Malaysia, kita bangkit dan humban jauh-jauh petualang bangsa dan konco-konco mereka ini ke Laut China Selatan!

*Kami percaya kepada Qada' dan Qadar. Kami juga percaya yang Allah SWT itu Maha Adil. Allah SWT tahu siapa yang kuat berusaha selama ini. Insya Allah, kemenangan pasti milik kita!









0 comments:

Post a Comment