Azmin Ali meramalkan bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal ditangkap dalam masa terdekat lapor FMT di mana Timbalan Presiden PKR itu mendakwa sebagai usaha menutup kelemahan kerajaan menangani isu pencerobohan Lahad Datu.
“Sepanjang 15 tahun dulu, mereka (kerajaan) berusaha untuk menuduh Anwar tentang semua kesilapan yang berlaku dalam negara.
“Tetapi untuk mengaitkan beliau dengan insiden Lahad Datu adalah sangat tidak munasabah,” katanya.
Portal itu mendakwa pihaknya turut menghubungi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin untuk mendapatkan pengesahan berkenaan spekulasi penangkapan tersebut.
“Anda perlu bertanya kepada Ketua Polis Polis Negara atau pesuruhjaya polis Sabah, “kata Bakri dilaporkan FMT.
Usaha mencanang Ketua Umum PKR bakal ditangkap sudah disebar sejak semalam, apabila media internet pro Pakatan Rakyat, Malaysia Chronicles, menyiarkan kenyataan pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli yang mendakwa terdapat spekulasi bahawa Anwar Ibrahim akan ditangkap tidak lama lagi kerana dituduh sebagai dalang pencerobohan pengganas di Lahad Datu.
Wednesday, 13 March 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment