Friday 8 March 2013

Update Lahad Datu Sultan Sulu ulangi tawaran gencatan senjata


Oleh:
Tarikh: March 8, 2013
SHAH ALAM - Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, mengulangi tawaran untuk mengadakan gencatan senjata selepas permintaan awal semalam ditolak oleh Malaysia.

Dipetik portal ABS-CBNnews Filipina, jurucakap Sultan Sulu mengemukakan tawaran kali kedua lewat semalam selepas ditolak oleh Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi petang semalam.

"Kerajaan Malaysia menolak terus permintaan (diadakan gencatan senjata).

"Saya mahu mengulangi bahawa Kesultanan Sulu sekarang mengisytiharkan akan mengakhiri permusuhan secara unilateral," kata Abraham Idjirani, jurucakap Kesultanan Sulu.

0 comments:

Post a Comment